Baru-baru ini, tular video pendakwah selebriti, Don Daniyal Don Biyajid atau Ustaz Don mengupas topik ‘Depresi Dari Sudut Islam.’
Artikel Berkaitan: ‘Dakwaan Sengaja Gugur Kandungan Tidak Benar, Ada Laporan Doktor Punca Akibat Tekanan’ – Nurul Shuhada
Lirik lagu ‘Fix You’
Ustaz Don bagi tahu Punca Depresi. Dia bagi contoh lagu Coldplay. Hit different weh bila dengar balik sekarang ?
“When you try your best, but you don’t succeed
When you get what you want, but not what you need
When you feel so tired, but you can’t sleep
Stuck in reverse” pic.twitter.com/XtCtlIED8x
— Team Raya KL | ?? (@_NazriH) May 10, 2023
Dalam temu bual itu, Ustaz Don memberi contoh lirik lagu kumpulan muzik ternama dari United Kingdom, Coldplay iaitu ‘Fix You’. Kata Ustaz Don, punca utama individu tekanan kerana tidak tahu kemahuan diri.
Kalau kawan-kawan tanya saya jawab macam ini. Antara benda yang kekurangan ialah apa yang ada dalam lagu Coldplay.. Kalau boleh dengar lagu Coldplay, tajuk dia ‘Fix You’.
When you get what you want, but not what you need. Dia tidak dapat memenuhi apa yang dia mahu. Sedangkan dia tidak tahu sebenarnya apa yang dia mahu.
Apa yang anda mahu? Anda nak hidup bahagia ka? Anda nak duit banyak ka? Anda nak hati tenang ka? Dia sendiri tidak tahu apa yang dia mahu. Jadi itu punca utama.
Dia dapat dan dia sangka benda yang dia dapat itu tidak selari dengan apa yang dia mahu.
Dalam pada itu, Ustaz Don turut mengambil kisah Siti Maryam yang mengandung dan melahirkan anak lelaki iaitu Nabi Isa tanpa disentuh oleh mana-mana lelaki.
Tekanan ini berlaku bila mana kita tidak mahir dengan ilmu qada’ dan qadar. Contoh Siti Maryam. Siti Maryam mahu anak tak? Dia tidak mahu. Kalau dia mahu, dia kahwin. Betul tak? Kalau dia mahu, dia akan gembira bila Malaikat Jibril datang beritahu, ‘Maryam, kamu ini mengandung anak lelaki.’
Tapi Siti Maryam kata, ‘Macam mana aku boleh mengandung?’ Orang lelaki tak sentuh aku pun. Maknanya dia tak mahu anak. Tapi Allah kata, ‘Maryam mengandung.’ Allah kata jadi. Jadilah.
Disebabkan hari ini masyarakat kurang ilmu Qada’ dan Qadar tadi itu. Dia tidak faham dekat mana dia nak hubungkan. Maka bila jadi sesuatu, cepat sangat untuk dia dapat depresi.
Kita doakan kepada Allah. Mudah-mudahan kita semua ini jangan termasuk dalam golongan orang macam itu. Mudah-mudahan Allah sembuhkan dia dari penyakit depresi.
Sekadar info, Coldplay mengesahkan bakal mengadakan konsert sulung di Kuala Lumpur pada 22 November depan.
Sumber: Twitter