Nama Ustaz Don Daniyal sebelum ini hangat diperkatakan selepas dia berkongsi tentang kisah cinta pertama Nabi Muhammad SAW semasa bersiaran di sebuah stesen radio.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tahu Dia Boleh Lalui Semua Ini, Bagi Dia Masa’ – Ustaz Kazim
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Don Daniyal Tampil Beri Pendapat & Penjelasan – ‘Nak Boikot Ikutlah Ulul Amri, Jangan Membab* Buta’
Penjelasan Ustaz Don
@ddaniyaldbiyajid Sementara menunggu… . Firman Allah, “…Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan.” (Surah Al-Baqarah Ayat 286) . #ustazdondaniyal #agamigroup #salambaitullah #fyp #fypage #fypviral
Tidak berdiam diri, pemilik nama sebenar Don Daniyal Don Biyajid tampil menjelaskan tentang perkara tersebut secara ringkas menerusi video yang dimuat naik di TikTok.
Video ini adalah menceritakan sahaja berkaitan isu yang telah berlaku bukan nak buat huraian kerana telah pun bertemu dengan pihak berautoriti. Jadi sementara menunggu keputusan, saya cerita.
Jangan risau semua ini ada rakamannya dan kalau ada salah nanti boleh orang keluarkan yang betul. Insya-Allah apa yang saya cakap ini benar.
Ustaz Don kemudian menerangkan bahawa kisah kehidupan Nabi Muhammad SAW turut menggunakan ilmu sirah.
Dalam pada itu, pendakwah berusia 39 tahun tersebut mendakwa salah satu videonya telah dimanipulasi selain memohon maaf kerana menggunakan perkataan ‘first love’ semasa menyampaikan tentang kisah tersebut.
Yang pertama, Ummu Hani adalah sejarah yang benar di dalam kehidupan Nabi SAW. Terdapat dalam banyak kitab serta penggunaan hadisnya mesti menggunakan neraca sirah bukan menggunakan neraca ilmu hadis semata-mata. Kerana dua disiplin ilmu ini berbeza.
Yang kedua, ada video yang mengatakan, saya menjawab dengan mengatakan ada hadis sahih. Sebenarnya video itu adalah video manipulasi.
Yang ketiga iaitu pihak berautoriti mengatakan saya menggunakan perkataan ‘first love’ itu agak tidak sesuai. Sepatutnya menggunakan perkataan cinta pertama. Jadi saya minta maaf, selepas ini saya guna ‘cinta pertama’.
Sebelum ini, Ustaz Don mendakwa Baginda pernah melamar seorang wanita, Ummu Hani sebanyak tiga kali dan cinta pertama Rasulullah.
Terdahulu, Ustaz Don telah dipanggil oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk membincangkan tentang isu tersebut.
Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman kemudian mengambil langkah dengan merehatkan Ustaz Don daripada mengendalikan program Salam Baitullah.
Suhaimi menjelaskan bahawa tindakan itu dibuat bagi mengelakkan perbalahan berpanjangan dalam kalangan warganet berhubung isu berkenaan. Bagaimanapun, Ustaz Don dilihat kembali mengendalikan program tersebut bagi siaran malam tadi.
Sumber: TikTok Ustaz Don