Baru-baru ini tular seorang peniaga donat susu didakwa menggunakan promosi dan tagline yang disifatkan lucah serta melampau.
Artikel Berkaitan: Teh Tarik, Nasi Lemak Atau Roti Canai, Yang Mana Satu Makanan Paling Best Di Malaysia? Jom Undi Sekarang!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tolonglah Sedikit, Sekurang-Kurangnya Kita Dapat Merendahkan Ekonomi Mereka’ – Ustaz Azhar Idrus
Pesan Nabi SWT
@jafrimahmoodi_off Viral pulak isu jual donut guna bahasa dan perbuatan seperti lucah. Ini nasihat saya. #fyp #jafrimahmoodiofficial #jafrimahmoodi #ustazjafriabubakarmahmoodi #ustazjafriabubakar #kidaf #kompleksislamdarulfaizin
? original sound – jafrimahmoodi_official – jafrimahmoodi_official
Susulan itu, pendakwah Ustaz Jafri Abu Bakar tampil menegur peniaga berkenaan dengan berkongsi larangan mencela makanan seperti yang dipesan oleh Nabi Muhammad SAW.
Nabi Muhammad SAW sangat menjaga adab ketika berhadapan dengan makanan. Nabi juga mengajar kita untuk menggunakan tangan kanan, guna bahasa yang baik, mulakan dengan Bismillah dan beberapa lagi adab lain.
Demikian juga Nabi Muhammad SAW melarang kita untuk mencela makanan. Bahkan baginda sendiri tidak pernah mencela makanan walaupun tidak berkenan dengan makanan tersebut.
Dalam masa yang sama, Ustaz Jafri turut menekankan bahawa makanan merupakan salah satu rezeki yang perlu disyukuri oleh setiap Muslim.
Justeru, tindakan mempromosikan makanan secara lucah perlulah ditinggalkan.
Sebab kita diajar dalam agama kita untuk menghormati makanan yang merupakan rezeki yang dikurniakan Allah SWT. Wajib kita syukuri dan wajib kita hormati.
Jadikan pengajaran, tak elok buat macam tu. Banyak lagi cara untuk kita melariskan perniagaan kita. Yang paling penting dalam berniaga, kita juga nak keberkatan di sisi Allah.
Sumber: TikTok Ustaz Jafri