![[VIDEO] Ustazah Asni Mansor Kembali Bergelar Isteri, Pilih Lelaki Palestin-Amerika Sebagai Suami – ‘Ada Ketentuan Yang Tertulis’](https://asset.ohbulan.com/2025/10/ustazah-asni-1.jpg)
Pendakwah bebas, Ustazah Asni Mansor berkongsi berita gembira mengenai perkahwinannya dengan semua pengikut di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Hadiah Cincin Emas Untuk Ustazah Asni, Netizen Suka Tengok Persahabatan – ‘Kekalkan Circle Yang Macam Ini’
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Terlalu Berinovasi Hingga Hilang Original Marhaban’ – Ustazah Asni Mansor
Bergelar isteri
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Ustazah Asni memuat naik beberapa foto yang memaparkan dirinya bersama suami.
Antara yang menarik perhatian adalah foto pasangan itu yang mengenakan sepersalinan pakaian tradisional Melayu berwarna biru sambil duduk di atas pelamin.
Dalam masa yang sama, Ustazah Asni meluahkan rasa syukur di atas jodoh yang ditentukan oleh Allah SWT.
Ada ketentuan yang tertulis, ada takdir yang terlukis.
Sakinah, mawaddah, wa rahmah.
Secara sah saya zaujah (isteri) kepada Mounir Abdul Kareem Kaddoura.
Suami saya Palestin, warga Amerika Syarikat.
Ucapan tahniah
Menjengah ke ruangan komen, Ustazah Asni dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti dan warganet di atas perkahwinannya itu.
Sekadar info, Ustazah Asni pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Nasir Rustam Al Hafiz, namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian.
Hasil dari perkahwinan tersebut, mereka memiliki empat orang cahaya mata iaitu Yasmin Sofea, Muhammad Adam Shauqi, Mariam Hani, dan Muhammad Naufal Kholili.
Sumber: IG Ustazah Asni Mansor