![[VIDEO] Uyaina Arshad Mengidam Emas – ‘Suami Bagi Kad Kredit, Tapi Belanja Berpada-Pada’](https://asset.ohbulan.com/2026/01/uyaina-1.jpg)
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad berkongsi tentang fasa kehamilan anak ketiga dan disifatkan mempunyai kelainan berbanding cahaya matanya yang lain.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ummi Banyak Bergolok-Gadai Besarkan Kami’ – Uyaina Arshad Hadiahkan Emas Setiap Tahun Hargai Jasa Ibu
Artikel Berkaitan: ‘Sangat Hebat!’ – Uyaina Arshad Kagum Dengan Ketabahan Wanita Hamil Di Usia 40 Tahun Ke Atas
Mengidam emas
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, memberitahu bahawa pada awalnya dia gemar untuk menikmati masakan ala kampung sebelum berubah selera kepada mengidam memiliki emas.
Mengidam emas itu betul. Itulah perbezaan pengalaman mengandung anak ketiga ini. Mula-mula saya nak lauk tradisional Melayu saja, selain daripada itu tak nak. Tapi lama-kelamaan rasa macam tak makan pun tak apa, asalkan dapat emas.
Dulu macam tak boleh percaya, tapi sekarang bila dah mengalaminya sendiri, rupanya betul.
Menurut Uyaina, suaminya yang juga penyanyi Raja Shahiran, menuruti sahaja keinginannya, malah memberikan kad kredit untuk tujuaan pembayaran setiap pembelian emas.
Banyak juga saya dapat, tapi belanja berpada-pada. Suami juga bagi kad kredit, malah sampai ke Kuala Pilah kami pergi dan tak sangka harga emas di sana sangat murah.
Dalam pada itu, Uyaina juga tidak menyangka akan menerima pelbagai reaksi daripada warganet mengenai pembelian emas.
Sebenarnya ramai ibu mengandung yang sama dengan saya. Yang kelakarnya, ada juga golongan suami mesej minta saya berhenti kongsi mengenai emas.
Saya beritahu mereka ini bukan beli barang yang tak berbaloi, nanti sama-sama juga dapat manfaat.
Uyaina berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana dan sidang media filem The Voice of Hind Rajab yang berlangsung di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada Selasa.
Menghitung hari
Sementara itu, Uyaina turut berkongsi keadaan dirinya ketika ini yang hanya menghitung hari untuk melahirkan zuriat ketiga.
Bekas pengacara program Wanita Hari Ini itu berkata, sehingga kini dia tidak mengetahui tentang jantina anak meskipun doktor telah menyerahkan laporan kepadanya.
Alhamdulillah, tinggal dua minggu saja lagi. Kesihatan setakat ini baik, cuma biasalah masuk trimester ketiga, penat dia memang lain macam.
Jantina masih rahsia sebab saya belum buka folder yang doktor beri. Nama untuk kedua-dua jantina pun sudah disediakan.
Sekadar info, Uyaina mendirikan rumah tangga bersama Syahiran pada 21 Disember 2021 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Raja Urhan, 4, dan Raja Urayyan, 2 tahun.