Usahawan kontroversi Datuk Seri Vida dilihat tampil menghulurkan bantuan bernilai RM200,000 kepada mangsa banjir di Kelantan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B ‘Buka Mulut’ Selepas Dituduh Main Telefon Dalam Kelas – ‘Pensyarah Bagi Kami Kebenaran Untuk Cari Maklumat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Vida Buat ‘House Tour’ Banglo Lima Bilik Cik B Di Sepanyol, Sewa RM5,000 Sehari – ‘Rumah Tu Nampak Menakutkan’
Artikel Berkaitan: ‘Guys Sabar La Pasal Yang Kena Sita Tu, InsyaAllah Semua Akan Okey’ – Cik B
Sumbangan hampir RM200,000
Menerusi sebuah posting di Instagram, bantuan tersebut diagihkan oleh anak lelaki Vida sendiri iaitu Kacak. Menurut Vida, dia tidak dapat ke negeri berkenaan berikutan sedang menunaikan ibadah umrah. Tambah Vida, bantuan yang akan diagihkan itu berupa makanan dan barang keperluan asas.
Alhamdulillah Hero mama Kacak wakil mama untuk turun memberi sumbangan untuk rakyat kelantan. Walaupun mama jauh, mama sentiasa doakan semoga semua yang terkesan dengan banjir kali ini dipermudahkan segala urusan.
Kali ini saya memperuntukkan hampir RM200,000 untuk membeli barang keperluan dan makanan.
Di samping itu, Kacak dilihat sempat membuat panggilan video bersama Vida sebelum bertolak ke Kelantan. Vida sempat berdoa agar urusan anaknya dipermudahkan selain memaklumkan bantuan tersebut daripada syarikatnya iaitu Vida Beauty.
InsyaAllah kita cuba bantu dengan sedaya upaya dalam bentuk bantuan makanan dan keperluan harian dan wang kita bagi juga untuk fasa pertama. Dan akan ada juga bantuan pasca banjir selepas ini.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Vida