Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida menyorot perhatian apabila berseloroh untuk menjodohkan anak perempuannya, Cik B, dengan anak sulung rakannya, Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Ammar Ahyan.

Artikel Berkaitan: Individu Persoal Tak Upah ‘Private Coach’ & Cef Peribadi, Cik B Jawab – ‘Ye Ke Tiada’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Terima Seadanya, Cik B Anak Mama Yang Hebat’ – Vida

Cik B & Ammar Ahyan

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama Datuk Seri Hasmiza Othman itu dilihat bertanyakan pendapat kepada Qadejah El Zahra mengenai cadangan untuk menjodohkan Cik B dengan Ammar Ahyan.

Qadejah secara terbuka terus merestui hubungan mereka sekali gus membuatkan Datuk Seri Vida berasa gembira dan teruja.

Kalau Cik B dengan Ammar Ahyan macam mana? Ye ke (restu).

Papa (Aliff) akan setuju ke?

Sekarang ini bukan perigi mencari timba, Mama (Vida) yang mencari perigi tu.

Bagaimanapun, Cik B segera meminta ibunya agar berhenti bergurau mengenai perkara tersebut.

Perkongsian itu meraih perhatian warganet yang segelintirnya suka melihat interaksai antara Vida dan Cik B.

Sumber: TikTok