Pempengaruh media sosial, View Chin meluahkan rasa kecewa dengan mendedahkan bahawa dia sudah tiga bulan tidak dapat bertemu dengan anak-anaknya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nak Jumpa Anak, Itu Pun Susah Ke? – View Chin Dakwa Kad Akses Rumah Disekat, Bekas Isteri ‘Sorok’ Anak?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] View Chin Buat Kejutan Istimewa, Hadiahkan Kereta Porsche Taycan Untuk Amirah Aqilah

View Chin tiga bulan tak jumpa anak?

Menerusi hantaran di TikTok, View Chin mendakwa telah mencuba pelbagai cara untuk bertemu anak-anaknya, namun usahanya tidak berjaya.

Ramai orang tanya saya, kenapa tak pergi rumah (bekas isteri) jumpa anak atau tunggu dekat bawah rumah atau pergi sekolah?

Saya awal-awal lagi dah buat benda ini.

Menurut View Chin, dia juga telah ke sekolah anak-anak untuk bertemu mereka, namun mendakwa bekas isteri, Shermine Ah Moi, tidak membenarkannya.

Saya pergi sekolah, cikgu kata ibu mereka beritahu kalau saya datang nak jumpa anak jangan bagi.

Dulu pergi sekolah nak ambil anak sekarang hanya nak jumpa sahaja tapi tak boleh.

Saya kata pada cikgu, saya sudah lama tak jumpa anak saya dan sangat merindui mereka.

Katanya, kalau bagi anak jumpa dengan saya, nanti takut anak pindah sekolah lagi.

Dalam masa sama, View Chin juga mendakwa bekas isterinya dan anak-anak sudah pun berpindah dari kediaman mereka sehingga menyebabkan dirinya semakin sukar untuk bertemu.

Bila pergi rumah, mereka sudah pindah.

Disebabkan tak nak bagi ayah jumpa anak, lari dari rumah. Sampai sekarang sudah tiga bulan.

Orang lain tiga hari tak jumpa mesti risau dan kelam kabut. Saya tiga bulan (tak jumpa).

Sebelum ini, krisis rumah tangga pasangan View Chin dan Shermine Ah Moi bergolak selepas wanita itu mendedahkan kecurangan bekas suaminya dengan seorang pekerja.

Susulan itu, pasangan ini yang dikurniakan tiga cahaya mata telah membuat keputusan untuk bercerai.

Sumber: TikTok