Sejak beberapa hari lalu, viral di sosial media mengenai seorang budak dua tahun bernama Ahmad Ziyyad Mohd Zahir mampu meghafal 42 surah Al-Quran. Berita itu mendapat pujian netizen dimana mereka memuji cara serta sistem pendidikan ibu bapa Ziyyad.
Bayangkan baru sahaja dua tahun sudah dapat menghafal surah-surah Al-Quran. Malah kita yang dah menjengah usia ini pun masih terkebil-kebil lagi. Pernahkah anda mendengar bacaan Ziyyad? Lihat video ini.
Si comel baca surah Waqiah
Surah Waqiah.. pic.twitter.com/0prdxnV1zE
— Abang NetiZen??? (@AbangNetizen) January 5, 2018
Ahmad Ziyyad mula menghafal Al-Quran sejak dari 11 bulan lagi apabila dia melihat mulut dan gaya bacaan ibunya. Kini si comel itu sudah berumur dua tahun dan mampu menghafal 42 surah Al-Quran. Video diatas salah satu bacaanya iaitu surah Waqiah.
Ini antara respon orang ramai;
Sumber: Twitter