berita

[VIDEO] Viral Budak Tertinggal Di Stesen Minyak, Reaksi Ibu Melenting Jadi Bualan Netizen – ‘Kau Yang Tertinggal Anak …’

May 18th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Tular di media sosial mengenai satu video memaparkan seorang adik kecil yang tertinggal di sebuah stesen minyak yang terletak di Seremban.

Artikel Berkaitan: Tak Perasan Tertinggal Anak Dekat Kedai Makan

Dibantu pekerja stesen minyak

Menerusi video yang tular itu, dapat dilihat salah seorang pekerja di stesen minyak tersebut membantu menelefon ibu kepada kanak-kanak tersebut untuk memberitahu keberadaannya yang tertinggal di stesen minyak berkenaan.

Namun begitu, reaksi yang diberikan ibu kanak-kanak lelaki tersebut amat mengejutkan selepas dia kedengaran seakan tidak risau mengenai keadaan anaknya yang tertinggal itu.

Lebih teruk, kanak-kanak itu diherdik oleh ibunya sebelum diminta untuk tunggu seketika di stesen minyak berkenaan sementara mereka berpatah balik untuk mengambilnya.

Dah tunggu je lah dekat situ, bertuah betul lah budak ini.

Respon netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berang dengan reaksi yang ditunjukkan ibu kanak-kanak terbabit sewaktu bercakap menerusi panggilan telefon tersebut.

Bahkan ada juga yang berasa hairan dengan si ibu yang sama sekali tidak peka mengenai ketiadaan anaknya di dalam kereta.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×