berita

[VIDEO] Viral Kes Budak Diculik Di Sabah, Polis Dedah Kenapa Suspek Ditembak Mati

January 14th, 2019 | by faris
Kini Trending

Ketenangan suasana apartmen di Telipok Ria, Tuaran, Sabah bertukar kelam-kabut apabila seorang kanak-kanak diculik dan dijadikan tebusan di situ.

Viral di laman sosial video detik cemas mangsa yang berlumuran darah diselamatkan penduduk di situ.

Ugut supaya tak dekat

Menurut saksi Arwan Hatta, ketika kejadian, dia berada di luar rumahnya melihat suspek naik ke salah satu unit apartmen dan memasukinya tidak lama kemudian. Suspek kemudian keluar dari unit itu dan mengambil kanak-kanak yang sedang bermain di luar unit apartmen itu.

Suspek kemudiannya mengeluarkan pisau sebelum mengacukan ke leher kanak-kanak itu dan membawa masuk ke dalam bilik salah satu unit apartmen.

Selepas itu saya berteriak berkata ada pencuri anak sebelum jiran-jiran datang membantu.

Pada ketika itu suspek berada di dalam tandas sambil menyiram air ke atas kanak-kanak berkenaan sambil mengugut supaya kami tidak mendekatinya.

Cuba campak tebusan

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, pihak polis telah menembak mati suspek selepas suspek cuba mencampak tebusannya dari pangsapuri 4 tingkat itu.

Di tingkat 4 blok apartmen ini ada sebuah gerai dan suspek pergi ke gerai itu sebelum secara tiba-tiba mengeluarkan pisau dan menangkap kanak-kanak tersebut yang berada di luar gerai dan mengurungnya di unit rumah tersebut.

Selepas menerima laporan itu, polis bergegas ke lokasi kejadian dan cuba berunding dengan suspek agar melepaskan kanak-kanak tersebut namun suspekterus meletakkan pisau di leher kanak-kanak tersebut sehingga terluka.

Suspek kemudian cuba mencampak kanak-kanak itu dan polis terpaksa mengambil tindakan melepaskan beberapa das tindakan ke arah lelaki berkenaan.

Menurut Omar, suspek maut di tempat kejadian sementara mangsa dihantar ke Hospital Likas untuk rawatan lanjut. Omar juga tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai masalah mental.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×