berita

Tular Video Lelaki Ditarik Keluar Dari Kereta Ketika Berhenti Di Lampu Isyarat Sebelum Kereta Dibawa Lari

June 2nd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Tular di media sosial mengenai satu video memaparkan dua orang lelaki yang bertindak merampas kenderaan seorang pemuda ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Artikel Berkaitan: ‘Kata Aku Curi Kereta Dia’ – Siap Ketuk Kereta Berlagak Samseng, Wanita Kongsi Pengalaman ‘Diserang’ Lelaki

Bergelut sebelum kereta dibawa lari

Menerusi video yang tular di TikTok itu, pergelutan berlaku sehinggakan tuan kenderaan tersebut ditarik keluar oleh dua lelaki berkenaan.

Dapat dilihat mangsa yang memakai baju berwarna biru meminta pertolongan orang awam sebelum dua suspek berkenaan berjaya meloloskan diri.

Beberapa penunggang motosikal yang berada di tempat kejadian kemudiannya cuba untuk mengejar suspek namun tidak berjaya.

Video yang berdurasi selama 1 minit itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Mungkin kereta kena tarik

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa insiden yang berlaku tersebut ada kaitan dengan kes tarik kereta dan ada juga yang mendakwa kenderaan pemuda itu dicuri.

Dalam pada itu, ramai juga yang memuji tindakan beberapa penunggang motosikal yang cuba untuk membantu mengejar suspek yang merampas kenderaan si mangsa.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×