![[VIDEO] Wahid Senario Bangga ‘Bila Lagi Nak Jumpa’ Cipta Fenomena Gen Z & Alpha – ‘Hebat Betul Karya Faizal Tahir’](https://asset.ohbulan.com/2026/04/wahid.jpg)
Ahli kumpulan Senario, Wahid meluahkan rasa bangga apabila lagu popular milik kumpulannya, ‘Bila Lagi Nak Jumpa’ mencipta fenomena dalam kalangan generasi muda.
Artikel Berkaitan: ‘Kami Kehilangan Seorang Anggota, Tapi Kami Tak Pernah Lupakan Keluarganya’ – Senario Kenang Arwah Hamdan Dalam Konsert
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Senario Serah Trofi ‘Artis Komedi Popular’ Kepada Keluarga Allahyarham Hamdan – ‘Alhamdulillah, Ramai Yang Sayang Kami’
Karya hebat
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Wahid memuat naik video memaparkan beberapa orang kanak-kanak datang menyerpa dirinya sambil menyanyikan lagu popular ciptaan Faizal Tahir itu.
Wahid yang tidak dapat menyorokkan rasa gembira, menyifatkan momen tersebut sebagai kenangan yang cukup bermakna.
Hebat betui karya Faizal Tahir ni. Nampak saja muka Senario, mesti Gen Z atau Apha ingat lagu ni.
‘Eh pak cik, lagu apa la pak cik ni’ kemudian tanya dia semula, ‘lagu apa?’ dia pun nyanyi, ‘haa, lagu ni’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan Wahid bahawa karya tersebut antara yang terbaik pernah dihasilkan oleh Senario.
Kata netizen, lirik lagu yang mudah diingati itu membuatkan mereka terus teringat dan terngiang-ngiang walaupun selepas lama mendengarnya.
Komen netizen


Sumber: Threads






