Pelakon cantik, Fasha Sandha mengakui kekhilafan diri memeluk adik iparnya, Uzair Haqimy Azman yang juga merupakan suami kepada Elisya Sandha ketika majlis gender reveal, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Terkilan Dipersoal Pramugari Gara-Gara Naik Kelas Ekonomi – ‘Sepanjang Melancong Tak Pernah Ditanya Sebegitu’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mood Touching Sebab Rayqal Masih Anggap Auntyibu Sebagai Mommy Dia’ – Fasha Sandha

Saya banyak kekurangan

elisya haq fasha sandha

Menurut Fasha, dia sudah mengenali Uzair sejak dari zaman sekolah lagi justeru mereka sangat rapat.

Bagaimanapun, Fasha enggan menegakkan benang yang basah kerana perbuatannya itu tidak menghalalkan cara.

Rasanya saya tak perlu buat apa-apa penjelasan sebab seperti yang kita semua tahu, saya ada banyak kekurangan dan kelemahan. Itu salah satu daripadanya.

Saya terlalu selesa dengan adik ipar sebab kami dah kenal lama, sejak zaman sekolah lagi. Jadi, memang kami sangat rapat.

Walaupun saya peluk dia seperti adik sendiri dan berlapik, perbuatan itu tetap silap.

Fasha berkata demikian ketika menghadiri majlis rumah terbuka Aiwahhhhh Raya yang diadakan di Putra Glass Hall, Putra Heights, Selangor pada Ahad.

Terima kasih tegur

elisya haq fasha sandha

Tambah pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan, dia sangat menghargai setiap teguran yang diterima serta keprihatinan daripada orang ramai.

Apa pun, saya nak ucap terima kasih kepada yang menegur. Saya hargai sangat-sangat.

Bila orang tanya saya tentang isu berhijab atau perubahan, saya selalu jawab yang saya tak sempurna dan banyak lagi yang nak diperbaiki. Inilah salah satunya.

Dalam pada itu, anak jati Perlis ini menyatakan dia tidak pernah mengaku dirinya sudah berubah, sebaliknya cuma memohon doa yang baik.

Saya juga tidak pernah berkata yang saya mahu berubah atau sudah berubah ke arah kebaikan dan sebagainya. Saya cuma kata doakan yang baik-baik.

Bagi saya jika mereka menegur saya dengan cara baik bermaksud mereka sayangkan saya. Saya okay je sebab saya tidak ambil perkara itu sebagai sesuatu yang besar.

Terdahulu, tular sebuah video yang dimuat naik di laman media sosial yang memaparkan Elisya Sandha dan suami membuat gender reveal untuk anak keduanya.

Bagaimanapun, apa yang meraih perhatian netizen adalah apabila Fasha yang kelihatan sangat teruja dan gembira berjalan ke pentas utama kemudian memeluk adik iparnya itu.

Tindakannya itu kemudiannya menuai bahan bualan warganet.