Pelakon Wan Sharmila berkongsi momen berharga apabila diberikan rezeki duduk bersebelahan Hafizah (wanita penghafaz Al-quran) sepanjang dua hari berada di hadapan Kaabah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wan Sharmila Kongsi Momen Jadi Petugas Umrah – ‘Sekarang Masa Untuk Belajar Erti Sebenar Menjaga Diri’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wan Sharmila Kongsi Cara Terbaik Tangani Stres – ‘Kena Tenang & Belajar Lepaskan Segala Urusan Pada Allah’

Rezeki di hadapan Kaabah

@wansharmilalala

Kisah cinta saya everytime di Mekah. Ya Allah indahnya… #mekah

♬ original sound – Wansharmila Lala – Wansharmila Lala

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Wan Sharmila Wan Muhamed meluahkan rasa syukur apabila dikelilingi insan yang baik sepanjang berada di tanah suci.

Ujar Wan Sharmila, dia berharap agar pertemuan dengan para Hafizah ini dipenuhi dengan kebaikan.

Kisah manis di depan Kaabah. 2 hari berturut-turut dapat rezeki duduk sebelah Hafizah.

Wanita Arab Yemen suruh saya baca Al-quran dan dia dengar.

Kenapa saya selalu rasa lebih disayangi bila di luar negara?

Lepas selesai solat, saya salam dia. Dia pesan jumpa di syurga nanti.

Allah temukan kami hari ini. Semoga pertemuan ini dipenuhi dengan barakah.

Selain itu, saya dipertemukan dengan seorang ibu dari Egypt. Dia baca Al-quran dan kami dengar.

Indah betul momen di sini. Membuatkan saya sayang dengan mereka.

Ini hadiah daripada Allah.

‘Untungnya awak’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan pelakon berusia 44 tahun itu sebagai insan terpilih apabila dikelilingi orang-orang baik. Selain itu, warganet tumpang bahagia melihat perubahan Wan Sharmila sekali gus berharap agar menjadi contoh buat generasi akan datang.

Imbas kembali, Wan Sharmila difahamkan bertugas sebagai mutawwif yang ditugaskan menguruskan para jemaah umrah.

Sumber: TikTok @wansharmila lala