berita

[VIDEO] Wanita Beragama Hindu Hafal Surah Al-Quran Buat Netizen Teruja

February 21st, 2023 | by Wani
Kini Trending

Mempelajari Al-Quran merupakan kewajipan bagi semua umat Islam. Namun begitu, seorang wanita yang beragama hindu tampil dengan kemahiran ingatannya yang membaca beberapa surah Al-Quran.

Artikel Berkaitan: ‘Tiada Satu Ayat Al-Quran Koyak’ – Rumah Alif Muhaimin Terbakar, Syukur Ibu Selamat

Artikel Berkaitan: Azal Pandai Baca Al-Fatihah, Netizen Puji Hasil Didikan Zarina Zainuddin & Suami

Hafal surah Al-Quran

Baru-baru ini, tular satu suntingan video menerusi live di TikTok apabila seorang gadis yang dipercayai beragama Hindu, Divya Darshini yang membaca beberapa surah daripada kitab suci Al-Quran. Video tersebut memperoleh lebih 500 ribu jumlah tontonan.

Dalam video tersebut, kelihatan Divya yang mula membaca Iqra dan kemudiannya diikuti dengan surah An-Nas. Hal itu mendapat perhatian netizen apabila Divya mengetahui hal sedemikian walaupun berlainan agama.

Dulu kan masa kecil, kalau saya nampak hantu, dalam hati automatik akan keluar ayatul kursi.

Apabila ditanya tentang surah terpanjang, Divya menjawab dengan spontan surah Yaasin lalu membacanya.

@lan5388

smoga mendapat hidayah…???? Amin..

? original sound – lan538 – lan538

Semoga dapat hidayah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan kehebatan ingatan wanita beragama Hindu tersebut. Terdapat juga warganet yang mendoakan Divya untuk diberikan hidayah daripada-Nya.

Sumber: TikTol @lan5388 & Instagram @divyadarshini_96

SKIP THIS AD ×