Perkahwinan sepatutnya disambut baik oleh kedua-dua pihak ahli keluarga. Namun, lain pula kisah kali ini apabila menantu disihir keluarga mentua.
Artikel Berkaitan: Ibu Mentua Kerap Datang Rumah & ‘Bawa Mulut’, Menantu Dah Tegur Tapi Kena ‘Block’ – ‘Dia Ada Kunci Rumah Kami’
Artikel Berkaitan: Skandal Suami Ajar Santau Isteri Sampai Badan Membongkok – ‘Perempuan Tu Beritahu Dalam Dialek Kelantan Melalui Voice Note’
Disihir mentua
@pnrohfaarsyifakuantan BUKAN MENANTU PILIHAN,DIA DISIHIR SEHINGGA HAMPIR LUMPUH..#sihir #sihirpemisah #saka #santau #pahang #pekanpahang #temerloh #rompinpahang #anxiety #depression #rawatanislam #arsyifakuantan #gangguanjin #fyp? #fyp #videoviral ? Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang wanita dilihat sedang diubat oleh perawat wanita Ar-Syifa didakwa akibat disihir.
Ujarnya, wanita terbabit kerap kali mimpi buruk dan muntah darah.
Mentua sanggup hantar sihir supaya dia bercerai dengan suaminya.
Hari-hari mimpi kena patuk dengan ular, mimpi bersama dengan orang yang tidak dikenali.
Selepas saja mimpi, terus muntah darah.
Setiap hari, keluar perkataan cerai dari mulutnya.
Berkongsi lebih lanjut, individu itu dimaklumkan hampir lumpuh akibat daripada kesakitkan sihir yang dihantar mentua.
Sakit disihir
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memahami kesakitan yang ditanggung individu apabila disihir. Selain itu, warganet turut mendoakan wanita terbabit kembali pulih dan terus kuat.
Sumber: TikTok pnrohfaarsyifakuantan