Satu video viral memaparkan nelayan yang sedang menyelamatkan seorang wanita terapung. Wanita tersebut dikatakan telah hilang selama dua tahun sebelum ditemui. Kejadian berlaku di tengah laut Colombia itu sememangnya mengejutkan ramai pihak.
Hidap hypothermia
Menurut laporan Daily Star, wanita yang dikenali sebagai Angelica Gaitan itu ditemui hanyut jauh dari persisiran pantai. Dia yang menderita hipotermia berada dalam keadaan yang sangat serious sehinggakan tidak mampu bercakap.
Melalui video tersebut, kelihatan dia terlentang di dalam air laut sementara penyelamat, Rolando Visbal dan rakannya Gustavo cuba berinteraksi dari atas kapal mereka. Rolando pada mulanya menjerit dalam bahasa Spanish kemudian beralih kepada English untuk memastikan wanita itu faham tetapi langsung tiada respon yang diberi.
Terapung 8 jam
Wanita itu bagaimanapun diseret ke arah kapal melalui tali yang diikat pada penyelamat yang sebelumnya dilemparkan nelayan ke arah wanita tersebut. Ronaldo berusaha mengangkat wanita itu ke dalam kapal bagi memastikan keselamatannya. Pihak nelayan kemudian cuba untuk memulakan perbualan dan memberinya air tetapi Angelica dapat dilihat sedih dan mula menangis
Wanita tersebut mempunyai keluarga tetapi tiada khabar berita darinya selama dua tahun. Angelice terapung di perairan pantai Columbia itu kira-kira selama 8 jam sebelum dibawa ke hospital dalam keadaan terkejut.
Salah seorang anak perempuannya dan adiknya kini sedang mengumpulkan wang bagi membawa pulang ibunya itu ke ibu kota Bogota iaitu tempat tinggal mereka. Mereka juga berharap agar ibunya dijaga oleh keluarga sendiri.
Sumber : Daily Star