berita

[VIDEO] Wanita Geram Jiran Sidai Pakaian Sepanjang Pagar – ‘Nak Cakap Direct Gaduh Pulak Nanti’

April 10th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Nak tegur takut bergaduh pula. Itulah dilema yang dialami oleh seorang wanita apabila jirannya menjemur pakaian tanpa rasa bersalah pada pagar rumahnya.

Jiran sidai pakaian dekat pagar

Menerusi video yang dimuat naik oleh Kay Nurisy di platform TikTok, berkongsi nasib yang dialami apabila mendapat jiran yang tidak bertimbang rasa kerana menyidai baju di sepanjang pagar rumahnya. Lebih mengejutkan lagi apabila jirannya itu turut menyidai pakaian dalam di pagar rumahnya tanpa ada rasa malu.

Macam mana nak buat ya. Saya rasa tak ada common sense lah jiran yang sidai baju kat rumah kita ni.

Orang pulak ada beritahu kami supaya hati-hati dengan jiran ni. Jadi nak terus direct dengan dia nanti bergaduh pulak dekat sini.

Difahamkan, wanita ini baru sahaja sebulan lebih pindah di rumah itu. Mengulas lebih lanjut, wanita berkenaan menceritakan ketika berada di dapur, dia melihat jirannya itu sedang menyidai baju. Meskipun individu tersebut melihatnya, namun jirannya itu tidak meminta izin untuk menyidai baju.

Pernah masa dia sidai, saya ada di tingkap di sinki dapur, dia nampak saya tapi dia buat tak tahu je. Dia teruskan je sidai langsung tak senyum, apatah lagi minta izin nak sidai masa nampak saya.

Ujarnya lagi, dia berfikir untuk meletakkan paku pada pagarnya agar jirannya itu tidak lagi menyidai baju-bajunya selepas ini.

‘Ada tips tak untuk atasi masalah ni’

@kaynurisy Any tips to overcome this issue ? #takdakcommonsense ? Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

‘Kenapa eh banyak kes macam ni?’

Sumber : kaynurisy

SKIP THIS AD ×