Foto: Tangkap layar video
Tidak dinafikan kanak-kanak kecil memerlukan kasih sayang dan sepenuh perhatian daripada kedua ibu bapanya walaupun bergelar anak tiri.
Apa yang lebih menyakitkan hati, apabila wujudnya sikap berat sebelah yang secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap emosi kanak-kanak yang tidak berdosa itu.
‘Jangan kahwin janda kalau tak terima anaknya’
Foto: Tangkap layar video
Seperti perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Ammy Bilqis menerusi satu video di laman TikTok, menceritakan anak perempuannya mendapat layanan yang berbeza daripada ayah tirinya. Difahamkan, dia sebelum ini merupakan janda yang mempunyai seorang anak. Bagaimanapun, atas persuratan takdir dia dipertemukan jodoh dan berkahwin semula dengan lelaki lain dan dikurniakan seorang lagi cahaya mata.
Ingat kepada semua lelaki, jangan berkahwin dengan janda yang ada anak jika tidak boleh terima anaknya dengan sebaik mungkin. Sayangi anaknya terlebih dahulu baru mencintai ibunya. Suami saya tak pernah suka terhadap anak sulung saya
Ujar wanita ini, suaminya sama sekali tidak pernah menyukai anaknya dan menerusi video tersebut dapat dilihat suaminya bertindak memarahi anaknya yang baru sahaja berusia dua tahun ketika mahu mengajak adiknya bermain. Susulan daripada itu, wanita ini berpendapat lebih baik mereka berpisah kerana tidak sanggup melihat anaknya diperlakukan sedemikian rupa.
Lepas anak saya dimarahi, dia hanya terdiam. Padahal anak sebegini hanya memerlukan kasih sayang daripada seorang insan bergelar ayah. Kerana saya bukan wanita bodoh, saya lebih memilih perpisahan dari suami saya kerana bagi saya kalau dia tidak boleh menerima anak saya jangan pernah mengenali diri saya.
Video penuh:
@mastaammybilqisIngat para lelaki jgn menikahi janda beranak lw kau tak terima anak nya??? cintai dulu anak nya baru kau cintai ibu nya?? original sound – Mr.Andreandra
Sumber: Ammy Bilqis