berita

[VIDEO] Wanita Menangis Teresak-Esak Jumpa Anjing Kena ‘Jerut’ Dalam Guni, Ending Buat Netizen Tersentuh

June 11th, 2021 | by Amirul Asraf
Video Popular

Di TikTok, viral sebuah video di mana seorang wanita terjumpa seekor anjing yang dibuang dan diletakkan di dalam sebuah guni. Lebih menyedihkan, anjing tersebut diikat di bahagian leher dan berada dalam keadaan tidak bermaya semasa ditemui oleh wanita tersebut.

Ada orang nak buang dia

Menerusi video yang dimuat naik oleh Aqilah, seorang wanita terkejut apabila sebuah guni yang dijumpai olehnya itu mengandungi seekor anjing. Wanita tersebut meluahkan rasa kasihan sebaik sahaja melihat keadaan anjing itu yang kehausan. Di samping itu, wajah wanita tersebut turut kelihatan panik dan menangis ketika hendak mencari bekalan air buat anjing yang dibuang itu.

Dia dah kenal saya

Selepas beberapa jam memberikan bantuan, wanita berkenaan dipercayai pergi semula ke kawasan tersebut untuk melihat keadaan haiwan itu. Anjing yang pada mulanya kelihatan tak bermaya itu dilihat semakin aktif dan mengenali wanita yang menyelamatkannya.

Mulianya hati kakak ni, bagus sayang semua haiwan.

Aku pun turut menangis melihat kasih sayang wanita ini terhadap haiwan yang dibuang.

Mujur ada orang selamatkan, kalau tidak mati macam tu saja.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian buat wanita tersebut. Netizen menyifatkan wanita itu seorang yang penyanyang dan tidak memilih mana-mana haiwan ketika memberi bantuan.

Sumber: Aqilah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×