berita

[VIDEO] Wanita Merayu Nak Ziarah Kubur Arwah Abam Lewat Malam, Bila Ditanya…

February 11th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pemergian pelawak terkenal Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar begitu memberi kesan yang mendalam terhadap industri seni tanah air. Ramai rakan artis dan ustaz-ustaz terkenal sedih dengan pemergiannya dan turut berkongsi pelbagai kisah peribadi arwah.

Seperti mana video yang dikongsikan oleh Ustaz Hanafiah melalui Instagram miliknya berkenaan penjaga kubur di kawasan perkuburan arwah Abam. Penjaga kubur tersebut memberitahu bahawa terdapat seorang perempuan yang membawa anaknya merayu untuk melawat kubur arwah Abam pada lewat malam.

Merayu nak melawat kubur arwah Abam

https://www.instagram.com/p/B8aRqHyF38y/

Menurut penjaga kubur tersebut, wanita berkenaan yang menaiki motosikal bersama anaknya merayu untuk menziarahi kubur arwah Abam walaupun ketika itu sudah lewat malam. Wanita berkenaan menyatakan bahawa arwah Abam adalah orang yang menampung segala perbelanjaan sekolah anaknya.

Kawasan dah gelap

Tambahnya lagi, pada waktu tersebut tiada lampu pencahayaan di kubur berkenaan berikutan kawasan itu telah ditutup. Penjaga kubur berkenaan terus membawa wanita berkenaan bersama anaknya menziarahi kubur arwah Abam selepas itu.

Pengakhiran yang manis

Rata-rata peminat arwah sungguh terkesan dengan pemergian arwah dan menyatakan keperibadian arwah sungguh mulia. Arwah banyak bersedekah secara bersembunyi sehinggakan banyak kisah yang baik dikongsikan selepas pemergian dirinya.

Sumber: Ustaz Hanafiah

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×