![[VIDEO] Wanita Mualaf Trauma Dengan Lelaki Melayu, Tekad Kembali Kepada Agama Asal – ‘Saya Tiada Duit, Sekarang Dah Mengandung’](https://media.ohbulan.com/2025/05/wanita-mualaf.jpg)

Seorang wanita mualaf berkongsi masalah rumah tangga sehingga tekad untuk kembali pada agama asalnya.
Artikel Berkaitan: ‘Angkat Kisah Golongan Mualaf Di Malaysia’ – Daqmie, Perkim Datuk Keramat Lancar Single Raya ‘Yang Mulia’
Artikel Berkaitan: Nana Mahazan Tak Pening Fikir Balik Raya Sebab Suami Mualaf – ‘Abang Saya Pun Kahwin Dengan Cina & Adik Kahwin Dengan India’
Suami curang
@bossariffpeter? original sound – Ariff Peter
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang wanita mendakwa dirinya dicurangi oleh suami dan ditinggalkan dengan keadaan dirinya yang sedang mengandung.
Tambah wanita itu, suami pernah menjanjikan kehidupan yang lebih baik sebelum berkahwin, namun, segalanya hanya janji palsu.
Saya rasa lebih baik saya balik pada agama asal.
Saya tinggalkan keluarga saya dan peluk Islam.
Suami janji nak bagi kehidupan yang lebih baik. Tapi lepas kahwin, dia ada perempuan lain dan tinggalkan saya.
Saya memang trauma dengan lelaki melayu di Malaysia.
Minta bantuan orang masjid

Berkongsi lebih lanjut, wanita terbabit memaklumkan bahawa dia memohon bantuan daripada pihak masjid dan zakat bagi menampung kos menjalani kehidupan setelah ditinggalkan suami.
Namun, pihak masjid menghalaunya kerana dianggap ‘scammer’.
Saya tiada duit, sekarang dah mengandung.
Susah nak cari kerja. Orang tak mahu ambil orang mengandung bekerja.
Tiada pilihan, saya pergi masjid untuk mohon bantuan. Tapi mereka ingat saya scammer dan halau saya.
Saya pergi zakat, mereka kata perkara seperti ini perlukan suami.
Saya dah tak tahu suami pergi mana.
Saya dah tak tahu nak mohon bantuan dari siapa.
Pilihan terakhir, saya pergi gereja. Mereka sanggup tolong saya.
Sumber: TikTok @AriffPeter





![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)

