berita

Video Wanita Pukul Kanak-Kanak Guna Batang Penyapu Undang Amarah #JusticeForAlia

July 22nd, 2022 | by Amirul Asraf
Video Popular

Viral sebuah rakaman video memaparkan seorang wanita memukul seorang kanak-kanak dengan menggunakan batang penyapu serta penyangkut baju ketika sedang makan.

Buka mulut makan

Menerusi video yang dikongsikan, wanita yang memakai baju berwarna hitam itu kelihatan memaksa kanak-kanak yang dipercayai anaknya itu untuk makan. Geram melihat anak kecil itu menangis seolah enggan makan, wanita berkenaan bertindak memukul menggunakan penyapu di bahagian tangan dan muka anaknya.

Viral yang tular sejak pagi tadi itu mendapat kecaman hebat orang ramai dan rata-ratanya mendesak pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap wanita tersebut. Ujar netizen, wanita itu boleh didakwa kerana melakukan penderaan terhadap kanak-kanak.

Meninjau di ruangan komen, difahamkan kanak-kanak terbabit merupakan anak angkat kepada wanita itu. Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Aqiel memberitahu dia yang merakam video kejadian ini. Menurut Aqiel dia sudah melakukan laporan polis dan akan memberi penjelasan yang sebenar untuk netizen selepas ini.

Sumber: Aqiel

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×