berita

[VIDEO] Wanita Rugi Hampir RM18K, Beg Tangan Kena ‘Rembat’ Ketika Solat Di Surau

January 10th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Memang tidak dapat dinafikan, kes kecurian dan samun dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Golongan tidak bertanggungjawab ini sering melakukan perbuatan keji itu tanpa mengira tempat. Selain mencuri di tempat awam, mereka juga turut menjadikan surau sebagai sasaran baru mereka untuk melakukan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Terbaru, seorang pengguna Twitter, Aida ada berkongsi detik cemas apabila beg tangan ibunya telah dicuri semasa ibunya itu sedang solat di surau yang terletak dalam bangunan Worldwide Seksyen 13, Shah Alam.

Curi beg dalam surau

Menerusi perkongsian gadis itu, dia memuatnaik beberapa foto suspek yang merupakan dalang disebalik kes kecurian yang menimpa ibunya ketika dia sedang solat di dalam surau berkenaan. Tambah gadis ini lagi dia begitu kesal dengan sikap individu yang tidak berhati perut ini dan dia berharap agar pihak polis dapat menangkap suspek dengan kadar segera. Dalam pada itu, Aida turut berasa bimbang individu tersebut akan mengeluarkan wang dari akaun bank ibunya dengan menggunakan kad yang dicurinya itu.

Shah Alam tak besar mana pun

Menerusi video yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan suspek sedang berjalan keluaar dari surau dan meninggalkan kawasan tersebut sambil menggalas beg tangan yang dicurinya itu.

Dalam surau pun tak selamat

Sementara itu, menerusi rakaman yang lain juga dapat dilihat suspek sengaja masuk ke bahagian surau wanita sebelum dia bertindak mencuri beg tangan tersebut. Sebaik sahaja selesai mencuri, dia kemudian segera meninggalkan kawasan tersebut dengan memperlihatkan wajahnya yang tenang dan langsung tidak mempunyai rasa serba salah.

Dah buat laporan polis

Mangsa kemudian telah membuat laporan polis berhubung dengan kejadian tersebut dan jumlah kerugian yang dialami mangsa hampir mencecah RM18,900 iaitu termasuk dengan wang tunai berjumlahRM1500, 1 utas rantai emas, 2 gelang emas, 4 bentuk cincin emas dan sebuah telefon bimbit jenama Samsung.

Namun begitu, kes ini akhirnya berjaya diselesaikan apabila suami mangsa telah mendapat panggilan telefon daripada pihak pengurusan Tesco Seksyen 13, Shah Alam dengan memaklumkan bahawa mereka telah menjumpai beg tangan mangsa di dalam tandas wanita. Tetapi apa yang menyedihkan apabila segala harta benda dan wang yang ada di dalam beg tangan tersebut telah lesap dibawa lari oleh suspek sebelum beg tangan itu ditinggalkan di dalam tandas berkenaan.

Sumber: Aida

SKIP THIS AD ×