Seorang wanita berasa terkilan apabila hasil kerja tidak memuaskan oleh tukang gunting atau ‘barber’ di sebuah salon yang memotong rambut anaknya.
Artikel Berkaitan: Ini Rupanya Rahsia Di Sebalik Rambut Cantik Influencer Di TikTok Awards
Artikel Berkaitan: ‘Masa Malam Pertama, Suami Suruh Saya Botakkan Kepala..Dah Macam Gay Je’
RM160?
Lebih ralat lagi, apabila wanita bernama Lee Ming itu perlu membayar caj perkhidmatan tersebut berjumlah RM160.
Kongsinya lagi, dia berasa tidak berbaloi dengan hasil kerja dan bayaran yang dikenakan.
Apa kalian rasakan? Saya rasa macam nak nangis. Jika hasil kerja awak (tukang gunting) tidak selari dengan bayaran RM160, lebih baik semak semula.
Saya sangat sedih dengan potongan rambut anak saya. Ada yang kenal tempat gunting lebih baik? Saya perlukan bantuan anda.
Bagaimanapun, wanita itu tidak mendedahkan secara terperinci lokasi salon berkenaan.
Malah, menerusi video yang dimuat naik di TikTok, wanita itu menutup semua wajah pekerja salon tersebut.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen turut tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan salon itu.
Sehingga artikel ini ditulis, klip berdurasi 0.48 saat itu telah menerima 5,000 tanda suka dan lebih 200,000 tontonan.
Video
@leeeeming How do you guys feel about this? I rasa nak nangis! If your haircut skills don’t justify RM160, then maybe it’s time for a reality check! ? I’m really sad about my son’s haircut. Can anyone recommend a talented barber? I need some help! ?? #kidsoftiktok #kidshairstyles #kidshairstyle #kidshaircut #kids #cry #haircut #badhaircut #toddlersoftiktok #toddler #kidhaircut ? ????????? – ????
Sumber: TikTok