![[VIDEO] Wanita Terkejut Ada Katak Dalam Minuman, Netizen Kembang Tekak – ‘Melampau, Buat Report Kak’](https://asset.ohbulan.com/2025/08/WanitaJumpaKatakDalamAir.jpg)
Seorang wanita meraih perhatian ramai apabila mendakwa terjumpa seekor katak dalam minumannya sewaktu menjamu selera di sebuah restoran di Bandar Seri Sendayan, Negeri Sembilan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peniaga Jual ‘Super Ring Milkshake’ Bikin Netizen Loya – ‘Kembang Tekak Tengok’
Artikel Berkaitan: Peniaga Jual ‘Burger Ayam Crispy Ice Cream’, Netizen Kembang Tekak – ‘Pelik Lah Makanan Sekarang’
Ada katak dalam minuman
Menerusi TikTok, wanita itu memaklumkan dia tergamam dengan kejadian tersebut memandangkan sudah pun meneguk suku gelas daripada air limau asam boi yang dipesannya.
Cerita dia macam ini. Selepas dia (waiter) menghantar air itu, macam biasalah saya akan gaul-gaul dan minum.
Bila saya dah minum suku daripada air itu, saya tengok di bahagian bawah sebab perasan ada benda pelik.
Bila saya gaul dan cuba bawa naik ke atas guna penyedut minuman barulah katak itu muncul.
Sumpah tergamam tak terkata. Apa yang boleh saya sangka kalau warna katak itu sama macam asam boi?
Menerusi hantaran yang lain, wanita itu turut menggesa pihak yang berkenaan mengambil tindakan terhadap premis berkenaan.
Wanita itu juga mendakwa tiada permohonan maaf dibuat pekerja restoran tersebut kepadanya selepas insiden tersebut.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tolong ambil tindakan.
Sikit pun tak ada kata maaf (dari mereka), pengotor.
Komen netizen



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menggesa wanita itu untuk melaporkan kejadian tersebut supaya premis berkenaan dikenakan tindakan.
Sumber: TikTok








