Seorang peniaga warga emas berusia 72 tahun menarik perhatian ramai apabila masih gigih berniaga di tepi jalan dengan kudrat dan semangat yang kuat.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Berniaga Roti John Bersama Dua Anak, Netizen Sifatkan Sebagai ‘Papazola’ Sebenar

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Warga Emas Gigih Berniaga Walau Angin Kencang, Netizen Pakat Nak Bantu – ‘Barang Bertabur Pun Dia Tetap Senyum’

Jual rojak

@ezlokal.food

Dalam ramai yang merungut tentang bekerja, Pak Cik Razip masih tidak putus asa mencari rezeki. Bagi beliau, bekerja bukan sekadar mencari pendapatan, tetapi cara untuk kekal produktif dan memberi makna serta kebahagiaan dalam hidup. Namun, di sebalik usaha itu, Pak Cik Razip turut berkongsi kerisauan yang membebankan jiwa, rasa serba salah untuk menjual makanan mengikut harga pasaran semasa kerana “kasihan” kepada pelanggan yang mungkin tidak mampu. Walaupun hidupnya sendiri tidak berlebihan, Pak Cik Razip tetap mendahulukan nasib orang lain sebelum dirinya. Jika ada insan yang benar-benar melambangkan #InspirasiLokal inilah orangnya. 📍Berhadapan Restoran Setia Taipan Kopitiam, Setia Alam. *Hak cipta terpelihara oleh Ezlokal. Dilarang menyiar semula tanpa kebenaran rasmi. #peniagakecil #sembangentertainment #beritatiktok #viral

♬ original sound – ezLokal.food 🇲🇾 – ezLokal.food 🇲🇾

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, warga emas memaklumkan dirinya ditegur ekoran harga makanan yang diletakkan terlalu murah.

Ujar Razip, dia diselubungi rasa bersalah menjual makanan dengan harga yang tinggi.

Ada satu pelanggan cakap terlalu murah saya jual.

Pak cik kata tidak mengapa, yang lebih saya hanya sedekah.

Saya jual rojak pasembor, rojak mi dan rojak petis.

Pak cik nak letak RM6 tapi peniaga sebelah larang. Dia kata terlalu murah.

Dia sarankan saya jual RM8. Saya rasa serba salah.

Maklumlah saya jual makanan. Dapat pelanggan yang puas hati, saya pun puas hati.

Tenang jiwa saya.

Dapat berniaga secara kecil-kecilan begini pun sudah bersyukur sangat.

Dalam pada itu, Razip memaklumkan bahawa isteri merupakan pendorong utama untuknya berniaga.

Selain itu, Razip menzahirkan rasa bersyukur atas sokongan para pelanggan yang membeli pasembor jualannya.

Ini saranan daripada isteri. Dia cakap tiada lagi orang lain yang buat.

Saya cuba. Alhamdulillah sambutan daripada pelanggan, mereka selalu sokong saya.

Sekadar info, Razip beroperasi setiap Isnin hingga rabu di Setia Taipan, Shah Alam berhampiran Mi Tarik Xibu.

Sumber: TikTok @ezlokal.food