berita

[VIDEO] Warga Emas Hampir Hilang Nyawa Redah Banjir, Mujur…

November 4th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Gara-gara meredah banjir dengan menunggang motosikal, lelaki warga emas ini yang dikenali sebagai Fu Kaw hampir kehilangan nyawa selepas terjatuh dan dihanyut arus deras. Namun, nasib menyebelahinya apabila dia dipercayai tersangkut pada pokok sawit tidak jauh dari lokasi tersebut.

Di Facebook, seorang wanita kongsi kisah sedih kehidupan Fu Kaw yang susah dan terpaksa mencari rezeki seorang diri. Uncle Fu sanggup meredah banjir hanya kerana ingin mendapatkan bekalan makanan dan keperluan di kedai runcit milik wanita ini.

Ambil barang makanan awal bulan

SubhanAllah hari ini Umi dapat berita pasal Uncle Fu. Seorang berbangsa Cina kami panggil uncle Fu. Kerjanya kutip kotak setiap hari dengan motor kapcainya untuk cari sikit sebanyak pendapatan. Dia tinggal di Permatang Pasir jauh dalam hutan disebuah pondok buruk, berlantaikan tanah bersama isterinya yang uzur. Setiap bulan, tepat 1 hb dia akan datang ke Taiba Supermarket dan tanya Shuhada (pekerja Umi seorang Mualaf dengan bahasa cinanya) ” Sudah boleh ambik “? Sebab setiap bulan Umi beritahu dia boleh ambil apa-apa saja barang makan keperluan dia.

Dan mashaAllah, memang punctual sangat, tak pernah lewat. Cute Umi tengok dia. SubhanAllah. Bila tengok dia, ianya mengingatkan Umi pada Allahyarham Abah Umi. Nak jadi cerita, hari ini Linggi banjir di hadapan Darul Widad, agaknya uncle Fu ni nak balik rumah, dia rempuh banjir dengan motor kapcainya. Tapi mungkin kerana kederasan air, dia dan motornya hanyut di bawa arus deras. Nasib ada yang nampak, cepat cepat cari dia. Dan nasib uncle tu paut dipokok2.

Wanita yang dikenali Sharifah Talha Shebib memberitahu bahawa Uncle Fu sememangnya sering dipelawa untuk mengambil barangan makanan dan keperluan setiap 1 hari bulan di kedainya. Namun nasib tidak menyebelahi Uncle Fu kerana kebetulan banjir menyebabkan dia kemalangan.

Selamat berpaut pada pokok

Alhamdullilah dia dapat di selamatkan, tapi yang sedih motornya hanyut entah kemana. Ic serta dompet dan lain-lain barangnya..Kesian sangat, lepasni macam manalah uncle ini nak bergerak. Kapcai dia dah hanyut. Isteri sakit, rumah kawasan pendalaman situ je pondok nya sebiji lebih kurang 2 ke 3 km dari jalan besar.

Mungkin Allah selamatkan dia, kerana isterinya seorang dirumah tiada keluarga lain dan sedang uzur. Wallahualam. Jadi Umi bercadang nak carikan satu motor second hand kalau dapat sikit-sikit dana ada yang sudi nak hulur, inshaallah. Semua pun hamba Allah tak kira apa bangsa inshaallah. Boleh PM Umi ye kalau ada yg sudi inshaallah…Umi cuba usahakan juga inshaallah.

Walau bagaimanapun, warga emas itu selama selepas pihak bomba Teluk Kemang bergegas ke lokasi selepas menerima laporan orang awam. Difahamkan Uncle Fu hanya cedera ringan dan tidak dibawa ke hospital kerana tiada kecederaan serius.

Sumber : Sharifah Talha Shebib

SKIP THIS AD ×