berita

[VIDEO] Wartawan Tergamam Dirompak Ketika Sedang ‘Live’

February 20th, 2021 | by Amirul Asraf
Video Popular

Di Guayaquil, Ecuado, seorang wartawan sukan tergamam apabila diacu pistol dan dirompak ketika sedang bersiaran langsung. Menerusi Portal New York Post, wartawan sukan yang dikenali sebagai Diego Ordinola itu dipercayai sedang membuat liputan di luar Stadium Monumental di bandar tersebut sebelum didatangi seorang lelaki yang membawa senjata secara tiba-tiba.

Minta telefon bimbit

Menerusi video berdurasi 0:38 saat itu, seorang lelaki memakai baju bewarna kelabu serta memakai pelitup muka telah menghampiri wartawan sukan berkenaan. Perompak tersebut juga turut membawa sepucuk pistol sebelum meminta Diego menyerahkan telefon bimbitnya.

Dalam video tersebut juga, Diego kelihatan merayu kepada perompak itu untuk melepaskan mereka kerana sedang bertugas. Bagaimanapun suspek terus mengacukan pistol ke arah jurukamera yang merakam kejadian itu. Perompak itu turut kelihatan melarikan diri daripada tempat kejadian selepas merampas telefon bimbit milik jurukamera tersebut.

Tidak dapat bekerja dengan aman

Di samping itu, Kru DirecTV Sports sempat mengejar perompak itu tetapi hanya dapat merakam video perompak itu melarikan diri dengan menaiki motosikal. Rakaman sepanjang kejadian tersebut juga berjaya dirakam penuh oleh kru bertugas.

Diego turut berkongsi butiran insiden itu di laman Twitternya. Setakat ini, video tersebut telah mendapat lebih 35 ribu tontonan. Ujar Diego, mereka tidak dapat bekerja dengan aman dan polis berjanji untuk mencari penjenayah tersebut. Setakat ini juga, media tersebut belum melaporkan sama ada suspek sudah ditahan atau dikenal pasti pihak berkuasa negara tersebut.

Sumber: New York Post

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×