berita

[VIDEO] ‘Ya Allah Baru Bangun!’ – Tak Datang Kelas, Lecturer Datang Cari Dekat Rumah

January 23rd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Zaman ketika belajar di universiti atau kolej adalah pengalaman paling terindah dan sepastinya sukar untuk dilupakan. Anda mesti juga ada pengalaman terindah bersama rakan dan pensyarah sepanjang bergelar pelajar.

Seperti perkongsian video dari Izzul Aiman ini, dia memuatnaik video pensyarahnya terpaksa kejutkan pelajar lelaki di rumah sewa gara-gara terlewat bangun untuk ke kelas. Terbaiklah lecturer macam ni!

Pensyarah cari sampai ke rumah

Besar jasa seorang pengajar

Mungkin ramai netizen yang melihat video ini turut menegur keadaan rumah bujang pelajar lelaki ini kelihatan bersepah. Rumah yang kelihatan bersepah itu dikatakan mereka baru selesaikan menyiapkan assignment final project bagi semester ini. Disebabkan keletihan menyiapkan tugasan yang diberikan, mereka tertidur sampai lewat bangun untuk ke kelas.

Pelajar ini juga memuji sikap pensyarah itu yang sanggup mengejutkan mereka di rumah. Boleh dikatakan sebahagian pelajar lelaki di dalam kelas itu gagal ke kelas pada waktunya.

Pelajar lain juga kongsi pengalaman

Sementara itu, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama dilalui ketika zaman belajar. Seorang guru lelaki pernah ke rumah pelajar perempuan untuk kejutkan mereka ke kelas. Pensyarah itu hanya mengetuk dan mengintai pelajar di rumah berkenaan. Terkejut melihat keadaan rumah pelajar perempuan yang juga bersepah.

Suka cara lecturer macam ni

Ramai netizen memuji tindakan yang dilakukan pensyarah itu. Jasa dan pengorbanan pensyarah sebegini perlu dikenang kerana berkorban masa dan tenaga untuk memaksa pelajarnya ke kuliah demi melihat anak murid berjaya suatu hari nanti.

Sumber: IzzulaimanJ

SKIP THIS AD ×