![[VIDEO] Yassin Tidak Trauma Melancong Ke Luar Negara – ‘Saya Tidak Boleh Riak Dengan Kata-Kata Saya’](https://asset.ohbulan.com/2025/12/yassin-dua.jpg)
Pelawak yang juga ahli kumpulan Senario iaitu Yassin mengakui tidak berasa trauma untuk kembali melancong ke luar negara walaupun pernah melalui pengalaman ditahan di Arab Saudi pada tahun lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Senario Serah Trofi ‘Artis Komedi Popular’ Kepada Keluarga Allahyarham Hamdan – ‘Alhamdulillah, Ramai Yang Sayang Kami’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Bukan Ditahan Di Penjara Tetapi Di Pusat Rehabilitasi’ – Apek Dedah Yassin Dah Hafal 20 Juzuk Al-Quran
Tidak trauma

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Yassin Yahya, 47, bagaimanapun berkata dia memilih untuk tidak bersikap bangga diri kerana tidak tahu apa yang menanti pada masa hadapan.
Malah, Yassin turut mengakui pengalaman hidup yang terdahulu telah banyak membentuk ketabahannya hari ini.
Bagi saya, trauma itu tiada dalam kamus diri saya. Sebab saya tidak tahu perjalanan yang akan datang.
Kita tidak tahu kalau Allah nak uji dengan lebih hebat, saya tidak boleh riak dengan kata-kata saya.
Dari segi trauma saya pun sudah ada pengalaman daripada sebelum-sebelum ini dan macam-macam yang saya lalui.
Perkara itu yang mengajar saya untuk menempuh rintangan hidup yang akan datang.
Kata Yassin, setiap ujian yang dilaluinya menjadikan dirinya lebih kuat dan matang.
Saya pun bukan budak lagi, sudah menjadi bapa dan hampir ada cucu.
Bagi saya, pengalaman yang lalu menguatkan lagi diri saya untuk terus ke hadapan.
Dalam perkembangan lain, Senario mengumumkan bakal mengadakan sebuah konsert berskala mega, The Last Kopek Senariounion 30 tahun sempena keraian tiga dekad penubuhan mereka.
Konsert anjuran Dreamscape Events dan terbitan Kapla Entertainment itu akan diadakan di Idea Live Arena pada 25 April depan.
Sebelum ini, media melaporkan, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja namun tidak mendedahkan identitinya.




![[VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/haliza-maysuri-2.jpg)
![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)
