berita

[VIDEO] Yazmin Aziz Kongsi Wajah Ahli Keluarga, Netizen Puji Semua Awet Muda – ‘Saya Je Nampak Matang’

February 2nd, 2023 | by Aina Sarah
Kini Trending

Ramai sedia maklum bahawa penyanyi, Yazmin Aziz, merupakan gadis kacukan Malaysia-Filipina. Baru-baru ini, Yazmin mendedahkan wajah ahli keluarganya yang lain sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ketiak ‘Glowing’ Jadi Perhatian, Netizen Minta Tips Dengan Yazmin Aziz

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hilang 8 Kilogram Dalam Sebulan, Yazmin Aziz Tak Makan Nasi – ‘No Teh Tarik & Air Bergas’

Nampak macam adik-beradik

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Yazmin berkongsi wajah ahli keluarganya termasuklah ibu bapa, mak cik saudara dan neneknya kepada umum.

Yasmin turut membuat video balasan kepada salah satu komen yang mengatakan dirinya bersama ibu tidak nampak seperti anak-beranak sebaliknya mereka berdua kelihatan seperti adik-beradik.

Korang punya komen, buat saya terfikir yang saya sahaja nampak paling matang dalam keluarga. Nanti saya akan tunjuk saya punya keluarga.

‘Makan apa semua muda ni?’

Tak dinafikan, kebanyakan netizen akui ‘cemburu’ melihat wajah keluarga Yazmin yang kelihatan sangat muda meskipun usia mereka sudah lanjut.

Mungkin air di Sabah berbeza ya dengan air di Semenanjung. Semua nampak muda ni.

Tidak kurang juga yang memuji Yazmin dengan mengatakan kecantikan bekas finalis BigStage itu tidak dapat disangkal lagi selepas melihat sendiri ahli keluarganya. Malah, ada juga segelintir yang mahukan tips untuk kekal awet muda seperti ahli keluarga Yazmin kerana mereka seperti tidak dimamah usia.

Apa rahsia eh semua nampak muda ni? Aku ni orang asyik ingat dah 30-an sedangkan belum cecah lagi 3-series tu. Huhu…

Video

@yazminaziz

Replying to @Vianney nah.. family reveal sikit ? #fyp #tiktokmy #family

? original sound – Yazmin Aziz – Yazmin Aziz

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×