berita

[VIDEO] Yazmin Aziz Sambut Ulang Tahun Ke-22, Netizen Terkejut – ‘Muka Matang Macam Umur 30’

September 14th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Yazmin Aziz

Penyanyi Yazmin Aziz menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-22 pada 10 September lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yazmin Aziz Sakan Bercuti Dengan Kekasih Baharu, Netizen Tanya ‘Bilik Asing-Asing Ke?’

Artikel Berkaitan: ‘Rasa Hubungan Kali Ini Akan Bertahan Lama’ – Yazmin Aziz Teruja Kekasih Minat Dekati Islam

Birthday ke-22

Yazmin Aziz

Bersempena dengan hari yang bermakna itu, Yazmin menerusi hantaran video di TikTok meminta orang ramai untuk mendoakannya.

Berdasarkan kapsyen yang ditulis, Yazmin atau nama lengkapnya Yazmin Aldwin Abdul Aziz meminta peminat untuk meninggalkan ucapan ulang tahun kepadanya di ruangan komen.

Pada video sama, turut dilihat penyanyi itu meniup lilin pada sebiji kek yang dipegangnya.

Netizen terkejut tahu umur

Bagaimanapun apa yang menjadi tumpuan dan bualan wargamaya adalah mengenai umur penyanyi tersebut.

Rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas berasa terkejut apabila mengetahui umur sebenar Yazmin yang baru sahaja mencecah 22 tahun.

Hal ini kerana, netizen menyifatkan Yazmin memiliki wajah dan gaya penampilan yang matang.

Sementara itu, bekas peserta pertandingan Big Stage musim ke-4 itu sempat membalas salah satu komen netizen yang bercakap tentang usianya.

Dah itu dikurniakan kepada saya, maka terima sahaja lah.

Video

@yazminaziz Birthday Wish ? #FYP #MyBirthday #TikTokMY ? Kutukan Mantan – Angelbert Rap

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×