berita

[VIDEO] ‘Your Eyes..’ – Beli RM2 Tapi Minta Baki RM100, Cashier Hampir Dipukau

October 20th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Demi mendapatkan wang dengan cara mudah, individu tidak bertanggungjawab sanggup menggunakan teknik pukau untuk melalaikan mangsa. Mereka yang ‘terkena’ akan memberikan wang seperti yang diminta secara sukarela.

Seperti kisah yang dikongsi Siti Fatihah Azri di laman Warga Kota Damansara, dua orang lelaki dikatakan masuk ke kedai dalam keadaan mencurigakan. Salah seorang daripada mereka menarik supervisor bertugas ke bahagian belakang, manakala seorang lagi membuat pembayaran di kaunter.

‘Your eye like arab arab’

So cerita dia macam ni. Customer dua orang ni mencuba untuk mempukau kitorang. Yang sorang badan berisi tu masuk then heret supervisor saya ke belakang bertanya pasal kat mana tempat tukar duit dolar tapi jari dia tunjuk carpet. Huhu supervisor saya ikut je dia. Yang peliknya tu dia tanya kat mana tempat tukar dolar tapi kena ke sampai heret ke belakang. So balik dengan cerita saya pulak. Yang sorang badan kurus-kurus ni dia datang nak bayar la. Nilai barang yang dia beli tu hanya RM2 sahaja. Sebelum dia nak bayar tu. Dia sempat cakap macam ni. Cust: your eye like arab arab, wowww ayat nak memukau ke tu sir.

Minta 2 keping RM50

Saya pun tengok kawan saya then pandang bawah. Mata saya memang sama sekali tak tengok pun mata dia sebab dah rasa tak sedap hati. Bayangkan baru je masuk terus nak bayar. Pelik kat situ dah. Selepas saya scan barang then dia pun hulur duit bernilai RM50 dekat saya. Barang tu RM2 so baki dia RM48 la kan tapi bila saya nak bagi dia RM48 tu dia taknak. Yang dia nak RM50 2pcs saya membebel la. Kau bagi RM50 pastu kau nak pulak RM50 2keping ehh mana boleh macam tu. Tapi dia duk desak-desak saya lagi. Haa saya tak boleh tahan saya panggil la staff lain. Tapi sumpah time ni boss saya dah memang kena pukau. Sebab saya panggil dah tapi dia boleh toleh balik ke member kepada si pembeli tu. Sampai sini jela nak cerita panjang sangat haha susah. Korang yang cashier-cashier tu hati-hati la musim-musim ni pun dorang sempat nak buat kerja kotor. Ingat pukau tu masih wujud lagi hati-hati.

Sumber: Siti Fatihah Azri

SKIP THIS AD ×