![[VIDEO] Yusuf Bahrin & Zizi Kirana Muncul Di Mahkamah Syariah – ‘Doakan Yang Baik’](https://asset.ohbulan.com/2026/04/zizi.jpg)
Spekulasi mengenai rumah tangga pasangan selebriti Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana akhirnya terjawab apabila mereka hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, pada Khamis.
Artikel Berkaitan: Yusuf Bahrin Kerap Diaju Soal Zuriat Waktu Raya – ‘Dah Lima Tahun Kahwin, Mereka Dah Senyap’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Okay Saja’ – Yusuf Bahrin Tepis Dakwaan Rumah Tangga Bergolak
Zizi Kirana taktahu proses

Ketika ditemui OhBulan!, Yusuf atau nama lengkapnya Muhammad Yusuf Bahrin, 34, berharap orang ramai mendoakan yang terbaik dan semoga segala urusan mereka dipermudahkan.
Insya-Allah semua okay. Doakan yang baik-baik.
Saya okay, selamat hari raya.
Manakala, penyanyi Zizi Zirana atau pemilik nama Nur Fazelah Mad Tahil, 41, dilihat hadir ke mahkamah dengan ditemani pelakon, Datin Sri Paduka Umie Aida.
Bagaimanapun, Zizi memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai kehadirannya itu.
Tiada ada apa-apa yang saya nak kongsi.
Saya pun tidak tahu mengenai proses hari ini. Ini kali pertama saya hadir di sini.
Sementara itu, Umie Aida menitipkan doa agar segala urusan melibatkan kedua-dua belah pihak berjalan dengan lancar.
Doa yang baik-baik. InsyaAllah, semoga dipermudahkan urusan kedua-dua pihak.
Sebelum ini, rumah tangga Yusuf dan Zizi menjadi perhatian apabila mereka didakwa sudah tidak lagi mengikuti laman sosial masing-masing.
Malah pasangan ini juga dilihat tidak menyambut Aidilfitri bersama-sama sekali gus menguatkan lagi dakwaan tersebut.
Bagaimanapun, Yusuf sebelum ini menafikan spekulasi rumah tangga mereka kini sedang bergolak.
Untuk rekod, Yusuf dan Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, mendirikan rumah tangga 19 September 2021.
Sehingga kini, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata.








