berita

Video : Zain Saidin & Nabil Pakaikan Pampers Baby

October 15th, 2014 | by Noraniza
Video Popular

Screen Shot 2014-10-15 at 10.22.26 AM

Seperti yang umum sedia maklum, Zain Saidin dan isteri kesayangannya, Rozita Che Wan kini sedang menunggu masa sahaja untuk menyambut kelahiran anak pertama bagi perkahwinan mereka.

Seperti kebanyakan bakal bapa yang lain, sudah tentu bermacam perasaan melanda Zain sekarang ni. Nervous, excited, gembira dan macam-macam lagilah.

Tapi macam mana pula persediaan Zain untuk bergelar bapa? Dah ready ke nak melayan ragam baby yang sudah tentu menuntut sepenuh perhatian daripadanya. Nak buat susu, kena berjaga malam dan perkara yang paling wajib, kena tahu cara tukar pampers baby. Takkan nak harap Che Ta je kan?

Screen Shot 2014-10-15 at 10.25.58 AM

Bukan kami sahaja gelak terbahak-bahak melihat aksi mereka, malah Neelofa dan Che Ta pun gelak sakan dalam sedutan program hiburan Meletop yang di muat naik di laman Instagram itu.

Bagaimanapun, Zain nampaknya serius memakaikan pampers kepada anak patung itu manakala Nabil pula tetap dengan perangai ‘mat kelakar‘. Sampai tercabut-cabut anggota anak patung itu dibuatnya. Ha.. anda nak tengok skill Zain pakaikan pampers baby? Nah, kami sediakan videonya di bawah.

SKIP THIS AD ×