Sempena bulan puasa tahun ini, ramai artis yang mengambil peluang menambah pendapatan mereka dengan berniaga di bazar Ramadan.

Antara artis yang tular melakukan perniagaan di bazar Ramadan termasuklah Angah Raja Lawak, Harris Alif dan pelakon jelita, Zara Zya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zara Zya Tak Patah Semangat, Diduga Hidap Empat Sakit Kronik Sekaligus – ‘Mungkin Ini Cara Allah Nak Hapus Dosa Saya’

Zara Zya meniaga kambil ‘grill’

@zarazyaofficial Alhamdulillah.. semalam tak menang tangan. Terima kasih pada anda semua yang support @PERAP99 ? UBUR UBUR IKAN LELE SLOWED BY RZK – ???

Terbaharu, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkongsi perniagaan kambing ‘grill’ yang diusahakannya di sebuah bazar Ramadan yang terletak di Seksyen 30, Shah Alam.

Menerusi perkongsian yang dibuat di TikTok, dapat dilihat sambutan hangat diberikan oleh pengunjung yang hadir ke bazar Ramadan tersebut.

Di ruangan kapsyen, pelakon drama ‘Risik Pada Hati’ menitipkan ucapan terima kasih buat semua yang memberi sokongan kepada perniagaannya.

Alhamdulillah, tak menang tangan. Terima kasih kepada anda semua yang support perniagaan saya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar perniagaan Zara dimurahkan rezeki dan perniagaannya mendapat sambutan.

Komen netizen

Sumber: TikTok Zara Zya