Pelakon, Zila Bakarin mengakui hatinya sentiasa dibelenggu kebimbangan selepas mendakwa anak sulungnya, Kaseh Azri, menjadi mangsa buli.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Cantik, Lembut, Buat Apa Tetap Dipandang Baik’ – Zila Bakarin

Artikel Berkaitan: Zila Bakarin ‘Sekolahkan’ Isteri Tertekan Dengan Sikap Suami – ‘Tak Perlu Lepaskan Marah Dekat Anak-Anak’

Buli

Ketika ditemui OhBulan!, Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin, 51, bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lanjut pada ketika ini kerana mahu menjaga emosi anaknya.

Sampai sekarang anak saya masih berdepan dengan isu buli. Saya nak cakap lebih pun anak saya masih sekolah dan akan memberi kesan kepada anak saya.

Sebab itu banyak benda saya tutup mulut selagi anak saya tak habis sekolah.

Banyak perkara sebenarnya saya nak huraikan, tulis, cakap dan luahkan tetapi terbatas sebab anak masih sekolah.

Zila berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi sidang media perkenalan barisan peserta bagi program Kilauan Emas Selebriti di Astro, Bukit Jalil, baru-baru ini.

Kata Zila, isu berkenaan bukanlah sesuatu yang baharu kerana anaknya sudah berdepan situasi itu sejak di bangku sekolah rendah, malah berterusan apabila melangkah ke alam sekolah menengah.

Berkongsi mengenai perwatakan anak-anaknya, Zila berkata Kaseh lebih dikenali sebagai seorang yang lemah lembut dan sangat beradab.

Anak pertama memang sangat lemah lembut dan saya sangat mengajar mereka berkenaan dengan adab.

Anak saya sampai hari ini akan telefon saya, ingatkan saya supaya jaga adab, dia minta saya supaya jangan ketawa keterlaluan kerana tidak elok.

Sepatutnya mak yang cakap begitu kepada anak tetapi anak saya yang pertama itu pula yang cakap pada saya. Dia sangat sayangkan orang tua.

Dengan nada sebak, Zila berkongsi anak sulungnya seorang yang begitu menghargai nilai persahabatan.

Namun, katanya biarpun dia sentiasa mengajar anak-anaknya agar berani mempertahankan diri apabila berdepan pembuli, Kaseh tetap memilih untuk tidak membalas atau bertindak sedemikian.

Anak saya kata dia tidak minta untuk orang menerimanya, cukup sekadar dapat bersamanya, sikit sahaja.

Saya selalu cakap dengan anak saya, mereka ada belajar Muay Thai. Jangan pegang, kalau dia pegang, balas. Jangan bagi satu pun kena atas muka, balas balik.

“Dia buat macam mana? Lempang, kau lempang dia balik. Terajang, kau terajang dia balik. Kau dimaki, kau maki dia balik. Jangan bagi orang pijak kau.

Tapi anak saya bukan macam itu. Dia cuma cakap, ‘Tak apa Mama’. Tapi sayalah, bila dia cakap seperti itu, saya rasa, ‘tak boleh ini, tak boleh diterima’.