![]()
Sebagai duta kepada produk mi segera, Mamee Chef, pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak difahamkan telah terbang ke Londan bagi bersama-sama mempromosikan produk terbaru makanan tersebut.
Menurut Pengurus Pemasaran Mamee-Double Dacker (M) Berhad, Mohd Fadli Mohd Hafetz, tujuan utama penjelajahan Mamee bersama Zizan adalah untuk mempromosikan produk terbaru mereka di sekitar negara London, terutamanya dikalangan pelajar-pelajar serta rakyat Malaysia yang menetap di sana.
![]()
Zizan bersama En. Mohd Fadli
Nampaknya siri penjelajahan ini bukan sahaja melibatkan Zizan seorang, malah pelawak dan pengacara ini turut ditemani oleh rakan duetnya menerusi lagu Bawaku Pergi, iaitu Kaka.
Sepanjang berada di London, kedua-dua selebriti ini telah sempat melawat beberapa tempat menarik serta menikmati masakan-masakan enak yang terdapat di negara tersebut.
![]()
Kaka & Zizan berjalan sekitar Hyde Park, London
Untuk semua peminat-peminat Zizan dan Kaka, jom layan video siri penjelajahan mereka selepas ini.
https://www.youtube.com/watch?v=Ce68Bcst67E#at=71






![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)