Pelawak dan pelakon, Zizan Razak membuat kejutan buat abangnya Hafiza Razak di sebuah bilik pameran kereta.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sedekah Bukan Untuk Saya Banggakan Tetapi Jadi Inspirasi’ – Zizan Razak

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abang Zizan Razak Raih Perhatian, Netizen Keliru Mana Satu Yang ‘Original’ – ‘Dahsyat, Suara Pun Boleh Sama’

Kereta baru

@hafizarazak869

Alhamdulillah ya ALLAH… Terima kasih my adik @ZIZAN RAZAK dan ibuku @RatuEliz57

♬ original sound – Hafiza Razak | Abg Print Baju – Hafiza Razak | Abg Print Baju

Menerusi hantaran dimuat naik di TikTok, Hafiza meluahkan rasa syukur atas kejutan istimewa daripada Zizan dan ibunya yang menghadiahkannya kereta impian.

Cakap nak buat tinted kereta dia.

Tiba-tiba cakap surprise.

Itu kereta idaman aku, tak tahu nak menangis ke apa.

Aduhai Zizan dan ibuku.

Alhamdulillah syukur Ya Allah. Terima kasih adikku dan ibuku.

Murah rezeki zizan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji personaliti Zizan yang sentiasa mengutamakan kebahagiaan keluarga. Selain itu, warganet turut mendoakan agar rezeki pelawak berusia 41 tahun itu terus melimpah ruah.

Sumber: TikTok @Hafizrazak