berita

[VIDEO] Zul Ariffin Beri ‘Hint’ Nikah Hujung Tahun Ini – ‘Tak Mahu Tangguh Lama-Lama’

March 30th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon Zul Ariffin memberitahu dia nekad untuk menamatkan zaman bujang akhir tahun ini selepas rancangan tersebut terbantut disebabkan fasa pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zul Ariffin Tak ‘Contact’ Ruhainies, Enggan Buang Pahala Puasa Campur Isu Khalwat – ‘Lebih Baik Saya Jaga Lidah’

Artikel Berkaitan: Ruhainies Minta Semua Pihak Maafkan Zul Ariffin – ‘Setiap Manusia Pasti Tak Lari Dari Melakukan Kesilapan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tular Lagi Aksi Mesra Zul Ariffin & Ruhainies, Netizen Buat Spekulasi Dah Kahwin Dalam Diam

Tak mahu cakap kosong

Menerusi temu bual bersama OhBulan! Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, mengakui tiada sebab untuk dia menangguhkan perkara baik itu selepas masing-masing sudah bersedia menggalas tanggungjawab.

Memang dari tahun lepas lagi ada perancangan itu. Rasanya saya pun lama berlakon dan sudah sampai waktu untuk jadi suami orang pula, insya-Allah.

Saya tidak mahu cakap kosong saja, tapi cuba realisasikan tahun ini sebab kalau boleh tak mahu lagi tangguh lama-lama.

Zul yang ditemui pada majlis tayangan program hari raya Astro, baru-baru ini berkata, dia memilih akhir tahun untuk menyempurnakan hari bahagia kerana pada waktu itu komitmen tugasan termasuk promosi filem baharu, Sheriff sudah berakhir.

Buat masa ini saya difahamkan semua pelakon Sheriff akan mengikuti jadual promosi memandangkan filem itu bakal ditayangkan sekitar pertengahan tahun ini. Jadi perancangan berkahwin pada Jun ini memang tak sempat, ikutkan mungkin akhir tahun macam orang selalu buat.

Sebab itu tiada sebarang persediaan, sebaliknya hanya perbetulkan diri dalam menjadi seorang insan lebih sempurna berbanding sebelum ini.

Berbicara mengenai siapakah bakal isteri Zul, pelakon filem ‘Sangkar’ ini memilih untuk merahsiakan dulu identiti bakal isterinya. Jelas Zul, dia akan mendedahkan kepada umum apabila tarikh pernikahan mereka sudah ditentukan.

Tak boleh nak kongsikan siapa dia, macam keterlaluan pula kalau perkenalkan sekarang.

Video

@ohbulanofficial

Pelakon Zul Ariffin memberitahu dia nekad untuk menamatkan zaman bujang akhir tahun ini. Agak2 dengan siapa? ? #ohbulan #sembangentertainment #zulariffin #kahwin

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×