berita

[VIDEO]Aksi Tackle Berguling Aidil Zafuan Curi Tumpuan, Sampai Media Troll Popular Antarabangsa Pun Share!

November 15th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Semalam berlangsungnya aksi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia 2023 bagi kumpulan G yang memperlihatkan perlawanan di antara pasukan Malaysia menentang Thailand. Kebanjiran puluhan ribu penyokong Harimau Malaya ke stadium itu nampaknya tidak sia-sia apabila skuad Malaysia berjaya menumpaskan pihak lawan dengan kelebihan gol 2-1.

Pelbagai aksi menarik dapat dilihat dalam perlawanan itu apabila kedua-dua pasukaN berusaha sedaya upaya untuk mengalahkan pihak lawan. Namun, aksi yang dibuat seorang pemain Malaysia ini agak luar biasa sehingga menjadi viral dan mendapat perhatian twitter Troll Football Media.

The rolling tackle

Menerusi video berdurasi 0.06 saat yang dikongsikan laman twitter popular itu, ia memperlihatkan aksi Aidil Zafuan yang seakan dalam ‘kesakitkan’ selepas tergelincir dan terjatuh ketika dalam aksi merebut bola menentang pihak lawan.

Namun apa yang menarik perhatian netizen, Aidil kemudiannya dilihat secara tiba-tiba mampu bangun dan menyepak bola yang berada di depan matanya tidak sampai beberapa saat.

Video pendek itu pada awalnya telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yourexfattyman yang juga merupakan rakyat Malaysia.

Netizen terhibur

Momen rare itu ternyata telah berjaya membuat netizen terhibur. Mana tidaknya, baru beberapa jam dikongsikan, ia telah mendapat lebih daripada 23k rt dan hampir 22k tanda suka.

Malah rata-rata netizen juga turut meninggalkan banyak komen lucu pada laman twitter tersebut dan tidak kurang juga sempat mengucapkan tahniah di atas kejayaan pasukan Malaysia semalam.

Highlight game semalam

https://www.youtube.com/watch?v=tIW9d3oReTg

Ini sedikit highlight buat peminat setia bola sepak negara pada aksi perlawanan semalam. Apa pun tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasukan Malaysia.

Sumber: Troll Football Media, Twitter yourexfattyman, Youtube

SKIP THIS AD ×