berita

[VIDEO]’Last Sekali Tu Ambil Hang’ – Gelagat Jebat Jayden Cakap Telefon Curi Tumpuan Netizen

November 24th, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Gelagat comel anak kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden Ahmad semasa bersembang menerusi telefon bimbit ternyata mencuri tumpuan netizen. Momen tersebut dikongsikan oleh Sharnaaz sendiri menerusi akaun Instagramnya.

Pandainya!

Menerusi video berdurasi 1:20 saat, Jebat yang baru berusia dua tahun itu kelihatan pandai bercakap bersama babanya semasa mereka berada di rumah. Menurut kapsyen Sharnaaz, mereka berdua dipercayai berlakon dan sedang berbual mengenai situasi rider grab yang menelefon pengawal keselamatan untuk masuk ke kawasan perumahan. Tambahnya, pengawal keselamatan tersebut tidak memberi kebenaran buat rider susulan pandemik Covid-19 yang sedang berlaku.

Comel merapu

Rata-rata netizen terhibur dan meninggalkan komen ‘comel’ melihat gelagat Jebat yang merapu ketika berbual dengan Sharnaaz. Lebih terhibur, mereka terkejut apabila Jebat membaling telefon selepas selesai berhubung dengan babanya. Sebelum ini, bekas isteri Sharnaaz iaitu Noor Nabila turut memuat naik beberapa Instagram Story mengenai telatah Jebat ketika memegang telefon.

Sumber: Sharnaaz Ahmad

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×