berita

Vikingdom 3D Akan Mula Ditayangkan September Ini

May 29th, 2013 | by Ai
Kini Trending

hi_02.1

Filem Inggeris pertama arahan Yusry Abdul Halim di bawah terbitan KRU Studios nampaknya akan mula ditayangkan di pawagam-pawagam di seluruh Malaysia pada 12 September nanti.

Setelah sekian lama peminat disajikan dengan promo Vikingdom 3D, akhirnya petang tadi pihak KRU Studios telah berkongsi di laman Twitter mengenai berita ini. Namun belum ada tarikh tayangan yang tetap bagi negara-negara lain.

Screen Shot 2013-05-28 at 22.00.05

Yang menariknya filem ini, KRU Studios berani menggunakan khidmat pelakon luar negara popular seperti Dominic Purcell (Eirick) yang pernah membintangi drama bersiri Prison Break suatu ketika dulu.

Selain daripada itu, antara pelakon lain yang turut bekerjasama adalah Conan Stevens (Thor), Craig Fairbrass (Sven) dan Natassia Malthe sebagai Brynna.

Screen-Shot-2013-03-14-at-1.29.01-PM

Antara babak menarik yang diapaparkan

Filem bergenre aksi, fantasi, dan pengembaraan ini mengisahkan tentang seorang raja yang telah lapuk dek zaman bernama Eirick yang dipertanggungjawabkan untuk meumpaskan Thor dalam usaha menyelamatkan Vikingdom.

Mampukah filem antarabangsa ini mampu diterima oleh masyarakat di Malaysia? Kalau dilihat dari teknik suntingan, karya Vikingdom 3D ini nampak hebat. Tapi jalan ceritanya macam mana pula?

Sama-samalah kita tunggu September nanti kalau nak tahu kehebatan sentuhan pengarah tempatan yang berjiwa besar ini, OK?

Sebelum tu, kita tengok dulu teaser Vikingdom 3D di bawah ini.