berita

Viral 200 Ahli SUK Negeri Didakwa ‘Potong Barisan’ Suntikan Vaksin, Ini Respon Tegas KJ

March 1st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar Gambar Hiasan

Umumnya mengetahui, pengagihan vaksin Covid-19 akan diberikan secara berperingkat, bermula dengan petugas barisan hadapan (frontliners), diikuti golongan yang berisiko tinggi dan yang terakhir orang awam yang berusia 18 tahun ke atas mengikut jadual yang telah diselaraskan oleh pihak kerajaan.

Bahkan, YB Khairy Jamaluddin, telah dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, sebagai individu yang bertanggungjawab dalam pengagihan vaksin ini.

Artikel Berkaitan: Akan Diagihkan Secara Berperingkat, Ini Golongan Yang Layak Terima Vaksin Seawal Mac

Artikel Berkaitan: Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Bermula 24 Februari Ini

Artikel Berkaitan: Cara Daftar Vaksin Covid-19 Di Aplikasi MySejahtera

Walau bagaimanapun, timbul dakwaan di media sosial yang menyatakan terdapat individu-individu yang ‘berprofil tinggi’ cuba untuk mendapatkan vaksin lebih awal dari tempoh yang sepatutnya.

Susulan daripada itu, KJ menerusi platfom Twitternya tampil memberikan respon berhubung dakwaan itu.

Potong giliran frontliners?

Foto: Tangkap Layar perbualan yang dikongsi

Menerusi tangkap layar mesej tersebut, seseorang individu menceritakan Setiausaha Kerajaan di sebuah negeri Pantai Timur, didakwa telah meminta untuk diberikan ‘pelepasan’ lebih awal untuk menerima vaksin. Bukan itu sahaja, dia turut mendakwa seramai 200 individu akan menerima suntikan terlebih dahulu dan perkara tersebut secara tidak langsung akan memberikan kesan terhadap jadual pemberian vaksin kepada petugas barisan hadapan yang sepatutnya menjadi golongan yang pertama menerima vaksin tersebut.

Mohon rahsiakan, saya pemberi maklumat maklumat. Nanti kena buang kerja.

Pada masa yang sama, dia turut meminta supaya pihak yang berwajib menyiasat perkara ini sehingga ke akar umbi kerana ia disifatkan sebagai tidak adil kepada mereka yang selama ini telah bertungkus lumus. Hal ini demikian kerana, mereka (petugas barisan hadapan) telah berdepan dengan pandemik Covid-19 yang masih tiada titik nokhtahnya sejak mula penularannya pada Mac tahun yang lalu.

Respon Menteri Penyelaras

Susulan daripada isu itu, KJ tampil memberikan respon dan menjelaskan pihaknya memandang serius terhadap isu ini. Jelasnya lagi, perkara tersebut juga telah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham.

Pada masa yang sama, beliau menggesa kepada orang ramai yang mempunyai info seumpama ini untuk tampil berhubung terus kepadanya bagi mengelakkan kejadian ini daripada terus berulang lagi.

Susulan dakwaan tersebut, lapor Astro Awani, Kerajaan Negeri Kelantan, telah menafikan dakwaan tersebut. Jelas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin, penyebaran berita palsu ini disifatkan sebagai fitnah, berniat jahat dan merupakan satu pembohongan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Dr Noor Hisham merupakan individu yang terawal menerima vaksin Covid-19. Pengagihan vaksin ini telah bermula hujung Februari yang lalu dan dijadualkan tamat pada Februari 2022.

Sumber: Khairy Jamaluddin & Astro Awani

SKIP THIS AD ×