berita

Viral! Adegan S*ks Filem ‘Mar Rak’ Bocor Di Media Sosial, Pengarah Bakal Siasat & Ambil Tindakan

October 29th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Viral di platform media sosial hari ini apabila salah satu adegan seks sebuah filem tempatan telah dimuat naik di laman Youtube, Donthaveaname.

Bakal ambil tindakan

Menerusi video berdurasi 1:24 saat itu dipercayai merupakan sebahagian babak dalam filem Mar Rak arahan pengarah, Datuk T.S Jeffry, 54. Video tersebut turut dimuat naik di beberapa platform media sosial lain termasuk Instagram dan Tik Tok.

Menurut T.SJeffry, penularan video berkenaan merupakan salah satu cara pihak tidak bertanggungjawab mensabotaj filem tersebut.

Perkara ini akan disiasat, saya tak tahu menahu tentang penularan babak berkenaan di media sosial. Kami akan ambil tindakan kalau perkara ini menjejaskan tayangan.

Filem ini memenuhi garis panduan Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan mendapat kelulusan tayangan. Jadi saya tak menolak ada unsur sabotaj di sini.

Dalam pada itu, pelakon meningkat naik, Michael Lean Chien Er, 34, yang dipercayai terlibat dalam babak berkenaan enggan mengulas panjang berkaitan penularan video tersebut.

Pihak produksi akan menyiasat perkara ini. Sebagai pelakon, kami diminta untuk tidak mengulas panjang agar tidak menggangu proses siasatan.

Sumber: Utusan Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×