berita

Viral Di Thailand, Anak Durjana Kerat Lima Ibu Sebelum ‘Simpan’ Dalam Peti Sejuk

November 27th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Di Bangkok, seorang wanita yang dikenali dengan nama Yuree ditemui maut dalam keadaan yang sangat menyayat hati iaitu dimana tubuh badannya dikerat dan dimasukkan ke dalam peti sejuk di rumahnya. Apa yang lebih mengejutkan tindakan kejam itu dilakukan sendiri oleh anak lelakinya, Sira.

Mayat dalam peti sejuk

Menerusi laporan Thai Visa yang dipetik dari Sanook, mayat seorang ibu yang berusia 42 tahun itu telah dikerat 5 bahagian dan ditemui di dua lokasi yang berbeza. Pihak polis Tha Kham menemui 4 bahagian tubuh badan wanita itu di dalam peti sejuk dan sebahagian lagi ditemui di dalam tandas rumah mangsa.

Kejadian kejam ini disedari oleh rakannya selepas mangsa gagal dihubungi. Menurut rakannya ini, sebelum kejadian, Yuree yang bekerja di salah sebuah syarikat kewangan itu dikatakan tidak hadir ke tempat kerja secara tiba-tiba tanpa memberitahu kepada sesiapa. Dia kemudian telah pergi ke rumah mangsa di Soi Tha Kham untuk bertemu dengan wanita itu.

Sebahagian badan dalam tandas

Tetapi sebaliknya pula yang berlaku apabila tiba disana dia hanya bertemu dengan anak lelaki mangsa berusia 20 tahun yang sedang menangis. Apabila ditanya keberadaan Yuree, anak lelaki mangsa itu kemudian memberitahu ibunya tidak pulang ke rumah sedangkan kereta Yuree berada di luar rumah tersebut.

Pelik dengan keadaan itu, rakan sekerja mangsa kemudian bertindak mencari wanita di dalam rumah sehinggalah dia menemui bahagian-bahagian badan Yuree iaitu kepala, badan, lengan dan kaki di dalam peti sejuk rumah tersebut. Tidak cukup dengan itu, pihak polis turut menjumpai bahagian dada mangsa di dalam tandas rumah berkenaan.

Suspek tembak diri sendiri

Menurut jurucakap polis, Pol Col Krissana Pattanacharoen berkata rakan sekerja mangsa kemudian menghubungi pihak polis untuk melaporkan insiden kejam tersebut. Tidak lama selepas itu, satu bunyi tembakan kedengaran di dalam rumah dan mendapati anak lelaki mangsa yang merupakan pelajar tahun kedua di universiti telah menembak dirinya sendiri. Setibanya polis di rumah tersebut, mereka mendapati suspek masih hidup sebelum dia dikejarkan ke hospital Nakhon Thon untuk mendapatkan rawatan. Tetapi malangnya, suspek tidak dapat diselamatkan dan telah meninggal dunia di hospital berkenaan.

Hasil daripada siasatan awal mendapati suspek merupakan seorang pesakit mental yang menghidapi simptom masalah paranoia dan kemurungan. Walau bagaimanapun, pihak polis masih membuat siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar kejadian ini.

Sumber: Thai Visa, Sanook, Facebook

SKIP THIS AD ×