berita

Viral Dua Ekor Sotong Segar Cecah RM100, Wakil Restoran Bagi Penjelasan – ‘Kami Ada Meletakkan Tanda Harga Bagi Setiap Menu’

November 24th, 2021 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Sebelum ini kecoh pelanggan ‘terpaksa’ membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kilogram (kg) ketika bercuti di Pulau Langkawi, Kedah.

Artikel Berkaitan: Pelanggan Terkejut Tengok Harga Seekor Siakap Langkawi, Melayang Duit Sebanyak RM1,196

Dua ekor sotong RM100

Timbul lagi isu yang hampir sama apabila seorang pelanggan berkongsi pengalamannya menikmati nasi kandar berlaukkan dua ekor sotong dengan harga RM100.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah restoran nasi kandar popular yang terletak di Pulau Pinang.

Menerusi hantaran di Facebook, seorang lelaki mengingatkan agar orang ramai lebih berhati-hati sekiranya mahu menikmati nasi kandar di negeri tersebut kerana baginya terlalu mahal.

Hati-hati kawan-kawan yang mana nak mai makan nasik kandaq kat Penang. Harga dua ekor sotong boleh cecah sampai RM100.

Posting itu juga memuat naik resit yang memaparkan harga bagi dua ekor sotong goreng segar berharga RM100, manakala sepinggan nasi beriani kosong berharga RM4.50, nasi putih (RM1.50), dua biji telur masin (RM2), papadom (RM3) dan timun (RM2).

Penjelasan pihak restoran

Menerusi video di Facebook Malaysia Gazette, wakil daripada restoran terbabit tampil memberi penjelasan. Katanya, pelanggan tersebut tidak bertanya dahulu berapa harga sotong sebelum membayar makanan tersebut.

Malah katanya lagi, pihaknya telah meletakkan tanda harga bagi setiap menu dan tidak pernah menerima sebarang aduan daripada pelanggan lain sebelum ini.

Harga kami beli pun sebenarnya dah mahal. Kami juga ada meletakkan tanda harga bagi setiap menu iaitu dari RM10 hingga RM150.

Semalam, masa pelanggan itu datang saya ada di kaunter, mereka datang berdua. Mereka ambil sotong besar dan langsung tidak bertanya harga sotong itu. Jadi, saya fikir dia dah tahu harga.

Pada sebelah malam, saya dapat tahu dia dah viralkan di Facebook. Sebelum ini, kami tidak pernah menerima aduan daripada pelanggan lain sebab dah letak tanda harga.

Kalau dia rasa mahal, tengok dulu senarai harga, cancel makanan tersebut atau boleh buat aduan dekat kami. Kami boleh pulangkan semula duit pelanggan, bukan boleh paksa pun.

Sumber: Kosmo, Malaysia Gazette

SKIP THIS AD ×