berita

Viral Foto Bella Hadid Terpaksa ‘Diturunkan’ Daripada Iklan, Ini Penjelasan Pekerja Jenama Terkenal

May 21st, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Supermodel terkenal, Bella Hadid kelihatan memberi sokongan terhadap negara yang ditindas dan menghadirkan diri dalam sebuah acara protes berhubung hak asasi manusia yang berlangsung di New York baru-baru ini. Susulan daripada itu, sebuah jenama terkenal antarabangsa telah menurunkan foto Bella Hadid sebagai duta produk mereka.

Netizen tak puas hati

Kenapa foto Bella terpaksa diturunkan sedangkan dia melakukan perkara yang benar.

Puji sifat Bella walaupun terpaksa melalui pelbagai dugaan demi keamanan dunia.

Keberanian Bella wajar dipuji dan dicontohi oleh ramai individu di luar sana.

Di Twitter, rata-rata netizen menzahirkan rasa tidak puas hati apabila mereka mengetahui foto Bella Hadid telah diturunkan oleh jenama tersebut. Netizen juga mempersoalkan mengapa Bella didiskriminasi sedangkan ramai lagi selebriti mempertahankan keamanan dunia. Di samping itu, netizen mendakwa kontrak Bella dan jenama terkemuka itu sudah disekat. Bella juga didakwa menerima ugutan bunuh berhubung isu tersebut.

Berita palsu

Terbaru, seorang individu yang dipercayai pekerja sebuah jenama terkenal telah tampil dan menjelaskan mengapa foto Bella Hadid terpaksa diturunkan daripada iklan jenama tersebut. Menurut individu tersebut, poster Bella yang baru bersama produk mereka bakal disiarkan tidak lama lagi.

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×